Saturday, September 6, 2014

Pengat Pisang Sagu Biji- Kegemaran Sejak Berzaman


Salam...

Haritu ada beli pisang nangka. Dapat lah goreng sekali lepas tu tengok dah lembik dah tak sesuai untuk digoreng. Kalau goreng nanti serap minyak..

Kuatkan diri belah pisang tu terus pengatkan saja. LM memang gemar makan pengat pisang. Buat seperiuk besar pun takpe, nanti tak habis esok makan sejuk-sejuk lagi syok!



Kebetulan sagu biji merah masih ada, maka LM guna saja lah yang tu. merah pun merah laaa .. Tak jejas rasa pun. Hehehe

Bab makan pengat ni memang suka, cuma kadang tu malas nak perah nyior. Hehe..

Ye la... LM kan tak boleh berdiri lama. Berdiri lama sikit mesti gelap mata nak pitam, tu yang malas tu.

Bab pengat dan kuih muih tradisional ni tekak LM sangat cerewet. Takmo la guna santan kotak. Lari rasa dia nanti. Mesti nak guna santan dari kelapa parut. Santan kat pasar pun takmo, ada campur apa ntah, macam rasa tepung je ..huhu

Resepi tak disertakan memandangkan mudah saja pun buat pengat pisang ni kan.. Pejam mata boleh buat:)

P/s: menjawab pertanyaan sudais, lambat lagi nak bersalin.. Bulan feb nanti. Saja buat persiapa awal. Tak la tergopoh gapah nanti. LM ni selalu bersalin awal sebulan, tak ke naya kalau bulan jan dah terbersalin takda persiapan nanti?( dah kena masa anak ke3, tup2 awal 5 minggu baju baby pun tak basuh lagi. Kena lah ayahnya basuh dan kipaskan malam hari sebelum bawa ke hospital, hehehe)

www.tips-fb.com

6 comments:

Mama Darwiish said...Reply To This Comment

adoi time berpantang ni...semua sedap dimate...hu3...jamu mate je lah dulu he3 :)

sud@is said...Reply To This Comment

Jaga diri LM, saya pun suka sesangat pengat pisang tapi tengok LM punya pisang sebelah-sebelah tu cantik ja... tak la hancus lebus semuanya... tq LM..

FiZ said...Reply To This Comment

aduh..sedapnye...fav ni..

mai has said...Reply To This Comment

sedapnya LM, nak buat malas.nk carik di kedai je.haha...tp jarang juga org jual kan.huhuh...

Sidratul Muntaha said...Reply To This Comment

makanan traditional ni memang sedap- terasa kalau gna bahan - bahan asli je
ingat dulu masa arwah mbah wedok ade lagi
gigih la petik degan lepas tu parut semata - mata nakkan santan fresh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, saya pun suka pengat pisang ni. Lagi sejuk, lagi sedap je lalu kat tekak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...