Tuesday, September 23, 2014

Resepi Roti Cheese Gula Yang Lembut


Salam...



Suka makan roti? Kalau LM roti yang ada parutan keju lah yang LM akan sambar dulu. Sedapnyaaaaa. Memang tak pernah jemu.

Biasanya kalau buat roti mesti buat sikit roti keju ni untuk diri sendiri. Hari ni LM murah hati sikit nak share resepi roti yang super lembut ni. Bagi yang tak ramai.. Boleh cuba buat resepi ni. Buat suku kilo saja dah memadai jika anda tak punya ramai ahli keluarga..

Bahan:
250 gram tepung roti
30 gram buttercup
10 gram shortening
1 biji telur kuning
40 gram gula
5 gram yis
Water roux(1 sudu besar tepung dimasak dengan 60 ml air dgn api perlahan hingga jadi sedikit mendidih. Sejukkan sebelum guna)
2 gram garam
110-120 ml air
Parutan cheddar cheese( tabur)
Gula pasir( tabur)

Caranya: masukkan semua bahan kering kecuali garam dan butter. Gaul rata dan masukkan garam dan butter serta water roux. Uli hingga jadi doh yang elastik kira2 40 minit. Bila ditarik doh tidak akan putus bermakna doh anda telah elastik.

Tunggu naik dalam 45-1 jam. Tumbuk buang anginnya. Bulatkan ikut saiz yang dikehendaki. Tutup dengan kain bersih . Biarkan 10 minit.

Bulatkan semula untuk buang anginnya. Sapu acuan dengan butter dan terus letak dalam acuan. Apabila sudah naik dalam 45-1 jam.. Sapu permukaan roti dengan bancuhan susu. Boleh guna bancuhan susu tepung, susu manis atau fresh milk. Taburkan gula dan keju diatasnya.

Panaskan oven 15-20 minit sebelum bakar.

Bakar roti dengan api atas bawah selama 20minit dengan suhu 175 degree.( mengikut kesesuaian oven anda)

Selamat mencuba. Anda mampu
Menghasilkan roti yang lembut setanding roti kedai jika anda berusaha buat dengan tekun. Roti yang gebu akan terhasil jika diuli
Dengan betul. Dibentuk dengan baik dan licin atasnya dan pastikan angin dibuang sebelum roti dibentuk.

Sekian sahaja dari budak yang baru belajar2 buat roti... Hehehe

www.tips-fb.com

6 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Pesanan penaja yang last tu saya paling suka. Kalau anda rajin, anda pasti mampu. Kalau kena kat muka saya, jadi ke tidak roti ni. Kalau menggebu naik, haruslah nak letak dalam blog juga. Yalah, 10 tahun sekali buat roti. Hahaha.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Macam roti kat kedai dah kakak tengok. Tak payah susah-susah beli dah kalau macam ini.

Sunah Sakura said...Reply To This Comment

sedapnya kak...macam nak jeee...sobsssss...roti lebah pun nak....nak beliii...lupa sungguh nak PM akak!

FiZ said...Reply To This Comment

akak, saya suka sangat roti ni.selalu beli kalau ke kedai roti.nak buat sendiri...hehe..nanti2 la..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. kalau saya ni, rasanya tak adalah nak rajin macam ni .. rajin beli jelah. Tapi tak taulah kot nati bila ank2 besar akan rajin sikit. Nati syaa belajar dengan LM ya

NJihe.am said...Reply To This Comment

Salam singgah, nak buat jugalah..
berminat sponsor giveaway? klik sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...