Friday, September 19, 2014

Roselle-Jom Buat Jus


Salam...

Petang semalam mendekati waktu maghrib mula rasa tak selesa dan gastrikula menyerang. EnZ tak balik lagi.. Rasa nak merangkak pun ada nak gi carik tuan doktor mintak suntikan.. Sobsss

Sebab malas nak layan gastrik yang macam #€¥^#~! Tu LM terus keluar dan petik roselle. Kebetulan kakak dan acha batuk dan selesema.. Kakak nampaknya macam nak kena asma, baik kita buat jus bagi dorang minum jus roselle ni.



Tak banyak mana pun. Sepokok je.. Pokok yang lain dah alih ke tempat lain macam terbantut pulak pertumbuhannya.

Buah yang tinggal kat pokok tu belum cukup besar nak petik, dalam 3-4 hari lagi boleh la petik kot..

Bukan payah sangat pun nak buat jusnya. Biasanya mereka akan masak gula 2 kg untuk buah roselle seberat 1 kg. tapi LM biasanya letak gula sikit je.. Nak buat ubat untuk anak2 ni, tak elok manis2 kan..

Lagi pun tak lama lagi LM nak kena minum air gula kat klinik masa check mengandung akan datang, elok la minum jus rossele banyak2 biar turun sikit paras gula dalam darah ni.

Selain batuk, asma, selsema.. Banyak lagi kebaikan jus roselle ni. Kalau nak putih berseri putih kemerahan cam LM meh la minum jus roselle(hahaha.. Gurau je)

Bijik roselle tu tak boleh rebus sekali tau. Nanti jus tu jadi berlendir. Jemur kering dan boleh semai semula bijinya tu.

Kelopak tu boleh juga masak atas dapur dengan api perlahan , dicampur gula.. Untuk buat jem. Sedap tau!

www.tips-fb.com

3 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Belum pernah minum jus roselle ni, LM. Ohsem tak saya ni? Hahaha.

najihah sahami said...Reply To This Comment

lepas tu letak ais..slurppp...sedap nya kak...tapi mish pantang ais lagi..sob sob...bau dia sedap kan kak...

sud@is said...Reply To This Comment

sama kita LM hari ni petik rosel dan masak buat sirap dan jem..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...