Friday, October 17, 2014

10 Suap-Bila Anak Kena HFMD

Salam...

Bila anak kena sakit tangan kaki dan mulut ni pastilah ummi nya dah jadi zombi. Orang dah tak kenal tu manusia ke bukan bila tengok muka LM. Siyes... Rasa serabut dengan tak lena tido malam... Dengan serabut otak dia takmo berpisah asik nak melekat je celah ummi.

Alhamdulillah... Macam biasa, bonda call bagi terapi(sobsss dengar bebelan bonda kan terapi terbaik), baru larat nak pujuk si kenit yang asik menangis sakit ni agar masuk buaian nak tinggal kejap masak ringkas2.

Syukur...dalam 1/2 jam siap jugak masak lemak fucuk dan soon bersama ikan goreng dan sambal belacan. Pujuk makan kali pertama dia takmo makan... Akhirnya dia sendiri minta nasi bila tau ummi masak ikan goreng.

Bila pujuk punya pujuk... Dia makan dalam 9-10 suap saiz mulut dia. Kejap2 nanges tak tahan sakit. Tapi LM dah siap kan air sirap sejuk untuk dia. Bila mengadu sakit je terus bagi minum. Syukurlah... Terisi juga perut dia. Minum susu pun kurang bila mulut sakit. Hurmmm..

"Kena makan ubat, kena makan nasi, kena rajin sapu ubat kalau nak naik kapal terbang. "
Adoiii tiap kali nak bagi makan kena buat ayat tu. takat ni hanya kapal terbang je boleh buat dia bukak mulut untuk makan, huhuhu
www.tips-fb.com

2 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

kak saya pernah baca kat blog ada anak blogger kena jugak penyakit tapi klinik ada bagi satu ubat yg buat ulser dalam mulut dia kebas sekejab masa dia nak makan.. tak sure ubat apa. tapi katanya effective. budak tak rasa sakit bila nak makan atau menyusu

aishah nin said...Reply To This Comment

Memang sekarang musim HFMD ni..Kawan saya ramai anak-anak diorang kena ni.. Semoga dipermudahkan urusan ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...