Wednesday, October 1, 2014

Diari Kehamilan- Ambik Darah,Minum Air Gula Dan Nasi Kerabu Lagi

Salam...

Punya lah panjang tajuk kan?

Hari ni lemau macam keropok masuk angin. Sobss

Alhamdulillah semalam dengan baik hati encik Z kata dia work from home dulu nanti tengah hari siap check up baru dia gi opis. Yeayy!!! ( dah pikir nak pontengkan adik ad sek agama sebab ustad takda)

EnZ kena gi opis juga sebab banyak meeting ditambah pula bos dari netherland ada datang. Dia minta LM check up hari jumaat tapi LM risau nanti lesu tak boleh nak kemas barang nak beraya.. Lagi pun teruja nak skodeng jantina baby, mana boleh tunggu jumaat!

Makanya.. Sebab malam tadi makan pizza je perut berdondang sayang , LM minta en.Z belikan nasi lemak dan LM makan share denga adik ad pukul 11 malam. Lepas tu terus zzzz

Lepas qila ke sekolah terus siap ke klinik. Nurse intai belek2 lengan terus LM bagi amaran bahawasanya lengan ku ini memang tak nampak urat. So, jangan sampai terpancut2 darah kena cucuk 2-3 kali.

Haha dia ngeri bila LM dah warning gitu, lagi2 dah bagi tau biasanya nurse buat secara butterfly ambik darah kat belakang tangan

Dia terus angkat tangan tak berani buat.. Maka doctor lah yang ambik kan darah.. Setahu LM di klinik tu tiga orang pekerjanya memang nurse yang memang ada diploma kejururawatan.. X de hal kalau diorang cucuk pun, tapi maybe lain sket dari biasa dia malas nak carik urat LM kot..


Ops abaikan tangan gemok tu

Ni cucuk kali pertama..jam 9 pagi. Lepas tu minum air gula( kali ni dapat perisa anggur), masa qila dulu perisa oren dan masa syafiq dapat perisa koktail..

Lepas tu check baby.. Skodeng jantinanya.. Semuanya okey, alhamdulillah..


Kena puasa lah sampai pukul 11 pagi pergi lagi ambik darik tangan kanan pula. Sebab dekat je maka LM balik kat rumah dan zzz. Pukul 10.30 en.Z ambik adik ad balik sek agama dan dia siap2 ke opis sebab LM cakap boleh drive sendirik ke klinik walau rasa lapar dan sakit tangan ketar2 ni. Sobsss

Sampai tu tunggu jap terus ambik darah dan tergesa2 balik sebab sangat lapar. Sebab tadi dah beli nasi kerabu( yeayy kali ni memang cakap takmo budu) maka makanlah share ngan adik ad.

Perghh sedap.. Esok plan nak beli lagi nasik kerabu takmo budu tu lagi. Pandai orang tu masak. Hehe..

Sepanjang hamil paling tak suka kena minum air gula dan ambik darah dan satu lagi paling benci kena cucuk untuk kancing gigi yang sangat sakit tu, sobss.

Takpelah.. Lambat lagi nak kena cucuk tu. rasa harini nak cuti masak je. Sakit la tangan kiri kanan kena cucuk. Badan lemah semacam je sebab lambat makan. Uhukk

www.tips-fb.com

3 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kannn tak suka betoi kena minum air gula tu huuuu

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sedih saya balik raya 2 hari je.. xsemoat nak makan nasi kerabu sedap.

Sekarang ni wajib minum air gula kan, ai tak sukanya saya..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Air gula dah jadi wajib ya? Anak pertama dulu macam tak kena tapi yang kedua ni memang 'bergula' tekak kita...

Dah skodeng, dah taulah ya jantina baby! Wah, bila pulak kita orang boleh tau ni? Tahun depanlah ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...