Wednesday, October 1, 2014

Hasil Kebun


Salam...

Dengar bunyi macam ye je kebun kan?

Takdalah kebun sangat pun. Cuma menuai hasil tanaman keliling rumah ni saja.



Kebetulan tadi tadah air basuhan beras dan ikan untuk disiram pada pokok kesayangan terus bawa gunting untuk petik apa yang ada.

Nampak bayam merah yang en.Z tanam tu dah boleh petik LM petik la sikit. Dah dua kali petik dah sebenarnya bayam merah ni

Petik sikit daun kesom untuk letak dalam asam pedas ikan merah kat atas dapur tu.. Dan jenguk2 ada pula kacang kelisa aka kacang botol LM petik la sekali boleh dibuat ulam atau digoreng buat sayur sikit malam nanti.

Hasil tanaman bukanlah banyak.. Tapi takat untuk guna sendiri tu lepas la ..

Cili api dah bertahun tanam masih elok berbuah lebat. Dah jimat dah kan..

Mabuk2 ni memang LM tak bercucuk tanam sangat. Harap encik Z je lah semai apa yang patut...

P/s: korang minat bercucuk tanam?
www.tips-fb.com

9 comments:

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

wah! Kacang botol ada, bayam merah ada, bagus LM.

Yus ada pokok kari, pokok daun limau purut dengan pokok daun kunyit je, lain2 tarak..hihi.

al- lavendari said...Reply To This Comment

samalah minat kita nampaknya ..

terima kasih kerana baca entri lama uncle.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak pun minat juga. Tapi itulah kadang berkejar dgn masa. Bayam merah kakak tak pernah cuba tanam. Tengok org punya geram pulak:)

sud@is said...Reply To This Comment

Boleh kata kebun dah nii..kacang botol tu sedap nmpak..saya tana tak menjadi buah, rimbun daun je..apo kone ehh..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...Reply To This Comment

sedap tu LM kacang kelisa segar2 & muda2 tu buat ulam...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang seronok kak makan dari hasil tanaman sendiri. dari bujang sampai dah beranak ni haaaa. tapi kira suka tanam pokok yg boleh makan hasil je. pokok bunga tak suka, tak rasi pun dengan tangan kira. mesti mati pokok bunga tu hihihihi

Ct NoArizah Aris said...Reply To This Comment

Salam aidiladha....kobun sy pun sekangkang kucing je semua tanam lam pasu ada le kari,purut,kunyit pandan,serai dan ketumbar jawa.... Nak tambah lg tapi lum ada masa sibuk dgn kerja dan urusan rmhtangga ..huhu..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Setakat ni saya tanam benda yg mudah je. Sayur dan ulam macam LM ni belum lagi ada kerajinan..hihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM, saya bab ni memang tak minat. Kalau tanam pun dah tentu layu menyembah bumi. Tangan saya ni tak 'hijau' langsung!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...