Friday, October 17, 2014

HFMD-Day 3

Salam...

Hari ni dah masuk hari ketiga si kecik kena sakit tangan kaki dan mulut. Allahu Akbar, sangat mencabar rupanya jaga anak yang kena penyakit ni

Dua malam tak dapat tido lena, lebih2 lagi malam tadi:(

Baru nak lelap dia dah menangis kata sakit. Kerja duk korek2 mulut dia yang penuh ulser tu. LM takut kalau asik dikorek nanti makin luka dan merebak banyak. Huhu

Bila anak sakit sah2 la kerja lain pun tak dapat nak buat. Asik nak ummi je. Mak aii asik berdukung(dengan perut ummi yg dah 5 bulan ni?? )

Menangis, merengek, meraung sakit sampai muntah ! Semua tu berselang seli.

Dugaan betul. Sesekali menitis juga air mata ni. Sungguh! Memang daku tak mampu hadapi semua ni sendirian.

Banyangkan dia menangis sakit sampai melompat2 atas sofa, dan akhirnya... Muntah melampak2. LM tadah muntah pakai dress LM . Tiga kali muntah dah penuh dress tu dengan muntah. Dengan nak kendong dia ke bilik mandi lagi...

Terhegeh2 ambik towel ummi dan dia tup2 dia muntah lagi kat depan pintu rumah. Mak aiii

Sampai bilik mandi dia muntah lagi sampai lembik. Sobsss kena cuci dress ummi yang penuh muntah lagi, kat sofa lagi, muntah depan pintu lagi. Cuci satu bilik mandi tu lagi. Pinggang memang rasa macam nak tercabut. Sebab letih atau sebab kendong dia ke tak tau lah.

Dugaan betul.. Andai kata diberi pilihan. Biarlah LM saja yang dapat sakit tu. tak sanggup tengok dia meraung kesakitan.

Jaga anak sakit sendirian rasa macam fuhhhh nak menangis sampai lebam. Boleh gitu? Huhu

Entah kenapa rasa tak kuat...
Mungkin sebab hati rapuh anak sakit
Mungkin juga sebab badan tak larat nak layan dia merengek menangis
Mungkin juga tipis iman... Hurmmm

Terima kasih buat sahabat2 yang mendoakan dia. Moga dia cepat sembuh. Ummi dah rasa macam nak tumbang ni. Sehari dia lagi sah2 ummi pula yang tak boleh bangun. Dah rasa lain macam je badan ni. Huhuhu

www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Allahurobbi... sedih pulak kakak baca N3 ini. Ujian betul kan. Moga cepat sembuhnya. Memanglah kalau dah ulser satu kat mulut kita pun dah tak tahan apa lagi budak kecik. Kesiannya...

Moga diberi kesabaran dan cepat sembuh.

SYANI said...Reply To This Comment

Semoga anak cepat sembuh.. Ibunya pun kena jaga kesihatan.

emieysandra said...Reply To This Comment

moge anak akak cpt baik..Oo, akak prgnant lg yer?moge urusan akak dipermudahkan yer

Mila Hilas said...Reply To This Comment

anak sy pnh kena gk hfmd ni..tp masa umur 10bln..xreti ckp lg.so xde mencabar sgt....akk ltk lotion calamine byk2..kering je akk sapu lagi dan lagi..nt cpt kering.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...