Thursday, October 2, 2014

Kantin Sekolah Kotor


Salam..

Semalam bila dah nak naik bas baru adik ad cakap nak bawa bekal ke sekolah sebab kantin tak jual makanan sebab ditutup dua hari untuk pembersihan.

Uik? Tadi kenapa tak cakap? Mana sempat nak masak apa2 ? Rungut LM

"Kenapa tutup pulak?"

"Entah, cikgu kata tutup dua hari sebab kantin kotor sangat. Dorang jual roti bun dan air kotak je" kata adik ad.

Hurmm.. Mujur lah malam sebelum tu LM
Ada buat dua loyang besar mini pizza ayam dan sikit keju stick. Laju2 panaskan pizza tu dan masukkan dalam bekas bekal dia.



Banyak juga mini pizza yang LM buat untuk mereka, tahan la dari malam sampai ke petang esoknya tu.

Pelik juga.. Tiap hari sebelum tutup kantin tak buat pembersihan ke sampai kena tutup dua hari ?

Agaknya dah kena serbu dengan pihak berwajib dan didapati sangat kotor maka mereka terpaksa tutup kantin kot? Kot je la... Nak cakap lebih karang kata fitnah pula kan...

Apa yang difikir2 kan, selama ni anak2 makan makanan yg kurang bersih ke?
www.tips-fb.com

4 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Haah..baru2 ni memang kantin sekolah dipantau olrh org jabatan kesihatan..alhmdulillah kantin sekolah rin xdikena apa2 tindakan..alhamdulillah

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

elok la tu kalau di pantau.. jangan sampai budak sakit baru nak amik tindakkan ye dak? tp kalau tak kotor masakan kena tutup 2 hari buat pembersihan

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Banyak kriteria dicheck kalau penguat kuasa datang.. bila kena tu kadang2 sebab cara pwngendalian makanan dianggap kotor .. mcm freezer tak tutup cara betul..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alamak, macamana kantin sekolah boleh kena tutup sebab kotor? Bikin aniaya budak-budak sekolah je, membeli makanan yang tahap kebersihannya disangsikan. Patut pun kalau macam tu ditutup untuk pembersihan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...