Monday, October 13, 2014

Kebab Daging Versi LM


Salam..

Hari yang busy dan stress.. Berdebar2 sebab anak2 exam sek kebangsaan dan sek agama. Kakak pula hadapi UPKK hari ni.. Rasa macam nak pecah dada ni:(

Tinggalkan dulu kisah kelam kabut hari ni. Sebelum hantar kakak exam tengah hari tadi dah makan nasi tapi bila dah pukul tiga ni terasa lapar sesangat. Tak tau nak makan apa. Biskut? Glurpp gemok la nanti kalau asik makan biskut. Teringat ada daging cincang beli lat pasar semalam terus keluarkan dan olah jadi benda ni



Err ni kebab versi LM. Haha ikut barang yang ada dalam peti sejuj ni aje. Hantam sajalah labu, janji kenyang

LM campur daging cincang dengan bawang yang didadu, sikit garam, daun sup dan juga lada hitam.

Bentukkan dan bakar ..

Rasanya ala2 rasa kebab arab. Korang boleh tukar daun sup kepada daun ketumbar jika suka.

Memang sejak akhir2 ni asik nak kebab je, maka... Tak perlu beli lagi dah kot lepas ni:)

www.tips-fb.com

3 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

Kreatif la Lm..masak macam2 rajin plak tuu....

najihah sahami said...Reply To This Comment

sedapnya kak...buat daging burger pn sedap ni kan

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ok lepas ni boleh try masak yang ini. tengok daging cincang dalam peti sejuk MIL macam tak berusikkkkk je hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...