Wednesday, October 22, 2014

Krabi Part 1

Salam...

Krabi?
Err salah satu tempat impian LM nak pergi sebenarnya. Tapi... Memandangkan sedang berbadan dua memang mood nak pergi tu takdalah teruja. Rasa nak merajuk meroyan masa encik Z berjanji nak bawak mak dia ke sana hari tu. mak aiii dorang set tarikh tak toleh kiri kanan tak bincang tak risik kat i dulu memang i rasa sedikit meroyan.

Hati berbelah bagi.. Nak gi ke tak? Nak ikut ke tak?
Dengan azhad yang minggu ni tak cuti sekolah agama dan ada exam lagi..

Dengan qila yang ada hafazan lagi..

Dengan syafiq yang belum sembuh betul lagi..

Ditambah pula..LM baru nak naik penuh mulut dengan ulser tau! Sobsss

Bila ditolak tambah bahagi.. Azhad sekolah swasta boleh ambik exam kemudian, qila pun tak sihat lagi kuarantin dulu tak yah gi sekolah, ummi nanti dah ada baby kecik bila lagi nak gi krabi siap nak angkut ke pulau bagai? Okey! Kita ikut je lah dorang gi krabi dan pastu ke hatyai pulak.

Bertolak: 1 am dari serdang

*Pukul tiga stop carik tandas
*Pukul lima carik tandas lagi
*Pukul 6.40 carik tandas lagi kat chanloon masa subuh.

Mak aii jenuh kan duk mencarik tandas ibu hamil ni? Haip haippp encik Z tak terkata apa sebab memang dia tau ibu hamil di sebenarnya sejam sekali wajib ke tandas

Border
-tak la ramai mana tapi macam biasa takdak tempat nak isi form tu. menyangkung la mokcik peknen ni! Grrrr

Terus jalan walau encik Z dah mengantuk tahap gaban..sesekali LM lelap la jugak. Terjumpa satu restoran halal ala ala RnR bersih siap tandas tip top dan restoran berkilat mak aii lantai dia terus kami stop situ merehatkan badan... Carik tandas dan sarapan.

Nasik goreng seafood baru rm4 kira murah la kan... Sedap dan murah, perut kenyang hati pun gumbira... Jom2 kita teruskan perjalanan.

Perjalanan tanpa henti buat LM nak patah pinggang. Syafiq pun ngamuk dua tiga jam terakhir tu nak duk atas riba LM. Sampai krabi dalam pukul dua petang..kejang dari pinggang ke betis tak boleh nak kata apa.. Sobsss

Singgah kedai dulu isi perut sebab nanti dah naik bilik memang tak larat nak turun lagi. Order nasik goreng lagi, x selera sangat nak makan sebab sakit sangat badan dicampur demam dan mulut pedih penuh ulser.

Naik bilik terus zzzz... Eh anak2 ni kejap je tido lepas tu duk ketuk pintu nak mandi kat swimming pool la pulak.

Hotel apa?
Kami duk Haleeva Hotel je.. Alhamdulillah selesa.


Bersambung....
www.tips-fb.com

8 comments:

emieysandra said...Reply To This Comment

bestnyaa..enjoy holiday sis ;)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

LM ulser kat bahagian mana? Saya kena ulser teruk juga minggu sblm raya haji dan selepas raya haji. Macam berbelas sekali naik silih berganti di lidah. Sakitnya tok sah cakapla.. nak mengajar pun rasa tak nak buka mulut. Bila saya google, berdasarkan info2 yg tercatat, saya pakai ubat hijau dan kumur dgn listerine beberpa kali sehari, ulser yg 2 minggu lebih tu hilang sikit demi sikit dan tak naik lagi. Memang siksa betul berbelas hari tu..

Ok..enjoy ur holiday.. jaga diri

Mila Hilas said...Reply To This Comment

bestnye bcuti

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

saya ni sebab dah biasa perangai asben yang manjang buat kejutan kalau nak pegi mana2... pernah dia nak bawal MIL pergi hatyai.. pagi sebelum bertolak baru bagitau suruh bangun siap2.. sebab dia memang macam tu dari awal kenal sampai sekarang so takde nak sentap2 pasal tak bagitau awal2 ke cuma kadang2 geram jugak la sebab kena packing last minute

Ct NoArizah Aris said...Reply To This Comment

Sy ke Cameron cuti maal Hijrah ni...selamat tahun baru 1436H buat LM sekeluarga dan selamat bercuti juga.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hihihihihi sama la kalau buat plan tak bagitau tak berbincang memang rasa nak ngamukkkkkk aje huhhh

tapi betoi la kak, esok kalau baby dah keluar lagi jenuh nak ke sana

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Alhmdulillah.
Dpt jgk jejak ke krabi...
Rin blm smpi lg..uhuk

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, long drive tu dari KL. Memang penat apatah lagi dalam keadaan macam LM ni. Kalau saya dah surrender habis.

Ehem, bila buat plan tak masukkan nama isteri ni memanglah rasa sakit je dalam hatikan. Saya pun selalu juga 'terkena' kalau mak mentua ada di sini. Tapi sedapkan hatilah kata bukan selalu maknya datang sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...