Wednesday, October 29, 2014

Krabi Part 2

Salam...

Sambungan kisah percutian ke krabi Thailand tempoh hari.... Entri part 1 di link ni ye.. http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-1.html?m=1

Maaf main paste je link sebab taip pun guna hp. Lappy yang kena curi hari tu belum berganti lagi.. Sobss

Okey mari kita sambung cerita. Malam tu terus turun makan di deretan kedai makan yang banyak sangat kat sekitar hotel .

Bab makanan halal jangan risau sebab terlalu banyak kedai makanan halal dijual di sini. Penipu besar betul ayat2 orang yang kata krabi sangat susah nak cari makanan halal. Cisss penipu!!!

Tak cukup perut je la nak sumbat makanan. Pilih apa saja yang korang nak makan ..

Err makan malam macam biasa tomyam, sayur dan ayam kot.. Lupa dah makan apa sebab LM tak makan sangat sebab mulut sakit penuh ulser masa tu.

Tapi depan restoran tu ada jual banana pancake.. Sempat lah rasa.. Lama dah ngidam nak makan banana pancake with nutella. Sedap giler dimakan panas , perghh! Walau pun ianya hanya roti canai yang diisi potongan pisang tapi bila kena dengan nutella tu terus bolat mata i! Sedap giler!!!
Boleh juga letak susu manis atau apa saja topping kegemaran korang.Gambar? Sobss dah terdelete. Tak dapat share ngan korang gambar pancake pisang tu:(


Sebelum balik bilik terus encik booking pakej ke pulau. Tapi.. I merajuk , menangis, meraung apa lagi ek? Grrr geram tahap cipan sebab tak dapat gi island sebab orang peknen tak dibenarkan ke pulau sebab takut hentak2 dek ombak dalam perjalanan pergi balik ke island nanti.

Ya Allah sangat sedih rasa hati ni tuhan je yang tau. Bertahun tanam impian nak ke krabi tup2 dah la pergi dalam keadaan berbadan dua perut dah besar camni, pastu encik Z kata dia pernah baca blog orang peknen tu pergi pulau maka dia tak sangka lah LM tak dapat join ke sana.

Paling sedih dan sadisnya encik Z teruskan juga plan nak ke pulau dgn mak dia dan budak2 ni dgn alasan nanti boleh gi lagi dan budak2 dah tau nak gi island.

Sebab nak protes sangat, LM keluar sorang2 malam tu. Konon sebab merajuk dan meroyan la kononnya. Ambik duit kat encik Z sampai 5000-6000 bath konon nak gi sopink.

Giler punya kerja keluar denan mata bengkak, jalan sorang malam2. kedai pancake pisang pun dah tutup.. anji g banyak berkeliaran... uish ngeri nya.. terus patah balik singgah kedai beli t-shirt sehelai.

Bengong! bawak duit macam nak beli tshirt untuk sekampung, setakat t-shirt rm15 duit kita tu beli sehelai je pun..

Sebab amukan dan tangisan tak mendatangkan hasil, maka adengan menangis diteruskan bila naik bilik. uhuksss

Geramnyaaaaa.. Bengkak2 mata menangis sebab geram orang nak pergi tinggalkan kita dari pagi sampai petang. Entah pukul berapa baru lelap dalam air mata malam tu.. Sobsss

Siyes masa tengah geram tu rasa nak packing baju esok terus nak ambik teksi ke airport nak balik KL terus. Giler tak giler penangan tak dapat gi pulau. Marah oooo hati ni. Marah sebab impian tu kita yang pasang tup2 orang lain pergi tinggalkan kita. Kalau semua tak gi okey la lagi..

Apa jadi esoknya? Jadi balik KL? Kena tinggal kat hotel sorang2?

Tepek gambar salah satu masjid terdekat dgn hotel kami.



Bersambung...

www.tips-fb.com

6 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alahai kesiannya tak dpt ikut ye. Mestilah terkilan, kalau kakak pun sama. Ini lagi dgn pembawaaan baby yg sgt sensitif lagilah bejuraian airmata ye...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Alahai LM..nmpk sgt thp kuciwa LM tuh..takpe2..nti repeat ye..

Tihara said...Reply To This Comment

bestnya pergi krabi tapi sayang tak banyak gambar, nanti tempek gambar lagi ey :)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahahha...lawak pulak bila dibayangkan part merajuk keluar malam2 nampak anjing banyak..tau pun takut..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

kalau kita pun sentap kot apa yang kita hajati x dapat..huhu..dah tu dorang2 je nak pegi kan

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alahai... comelnya merajuk tak dapat pergi pulau! Yalah, tak dapat pergi tu satu hal, yang kena tinggal pergi tu satu hal lagi. Of courselah angin satu badan. Rasa macam terabai je sedangkan kita berbadan dua. Tak gitu, LM? Eh, tukang curah minyak ke api ni boleh tahan mulutnya. Huahaha...

Takpalah LM. Lepas baby lahir, kasi setahun lagi pergilah ke pulau berjimba sakan. Jangan sedih-sedih okey ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...