Thursday, October 30, 2014

Krabi Part 3- Gajah

Assalamualaikum....

Bagi yang dah baca kisah krabi part 1 di link
http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-1.html?m=0 dan krabi part 2 di link
http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-2.html?m=0 mesti nak tau apa yang jadi seterusnya kan? Ops ada yang minta masukkan lebih gambar.. Sobss sebenarnya gambar semua dalam kamera gedabak(dslr) , memandangkan lappy pun tak beli lagi sejak rumah kena rompak tu yang payah nak masukkan gambar melalui hp tu..nanti dah beli lappy LM edit entri tepek gambar2 okey!

Meh sambung kisah LM merajuk sakan sebab tak dapat gi island( oh apa makna gi krabi kalau tak dapat gi pulau.. Sobsss! Kesat air mata)

Sebab merajuk sakan.. Malas la nak sarapan join dorang ... Mata pun ngantuk tahap cipan sebab ntah pukul berapa baru lelap. Dah dorang semua dah siap konon sarapan nak gi pulau. Cisss!!! Benda paling zalim terjadi dalam hidupku!! Grrr( rasa macam nak bunuh orang je tau! Haha)

Berselubung dalam selimut sambil menghidu bau sarapan dorang. Siap ada bau rebung lagi. Adoii, rebung masam( sah2 benda yang daku tak makan.. Tekak mula rasa nak muntah). Dah la bilik pasang aircond lak tu. sobsss

Dengar la dorang duk bincang.. Bla bla bla. Ayoyo.. Rasanya si ayah kurang mengenali si anak. Bila anak tau ummi tak gi sah2 jam tu jugak dorang kata takmo gi island. Haaaa tengok! Nampak tak?

Mana lah ada anak nak gi jalan sanggup tinggal bonda dia yang lawa lagi comel ni kan? Ekeke..tepuk tangan sejuta kali. Sayang anak2 ketat-ketat.

Pergi lah si ayah ambik balik duit yang dia dah bayar untuk pakej gi pulau tu..

LM pun bila orang dah masuk bilik masing2, barulah sibuk nak bangun mandi dan mandikan syafiq. Mood memang dah ke laut dah.. Huhu.

Balik2 je terus si ayah ajak gi tempat gajah sesuai dengan permintaan syafiq dari semalam lagi. Sibuk nak naik gajah. Memandangkan dekat je tempat gajah tu kami drive sendiri la.. Dorang mintak beratus2 untuk gi sana. Tak logik langsung!


Kami gi tempat gajah yang dekat je...apa ntah nama tempat tu, lupa nak catat nama dia.. Hehe

Sorang kira 500 bath(rm50) untuk naik gajah tu. setengah jam masuk hutan ronda2 naik gajah. Satu gajah boleh naik dua orang dewasa.. Ops, LM tak naik sebab... Ngeri kot! Buatnya gajah mengamuk tak pasal2 LM keguguran nanti.

Syafiq sangat happy sebab hajatnya nak naik gajah tercapai.. Yeayy!!

Acara memberi gajah makan ni memang nampak seronok tapi.. LM pun tak berani gak. Sebijik pisang pun tak bagi kat gajah tu. euwwww takut!

Sebakul kecil pisang tu 50 bath(rm5) untuk bagi kat si gajah.




Ni snap balik kat dslr.. Nanti sian lak korang tak tengok gambar kan... Tak syok cerita takda gmbr. Nnt LM edit balik gambar kalau dah ada lappy ye..

Err buat2 berani pegang gajah tu padahal... Takutnyaaaaa





Duk jauh je pandang dorang sakan bagi gajah makan. Berebut2 si gajah hulur belalai mintak makanan. Yang paling besar paling dominan. Asik dia je nak..

Lepas menunggang gajah, korang akan dihidangkan dengan air mineral sejuk sorang sebotol dan dihidang nenas yang dipotong cantik dengan percuma..

Lupa pula diri ni penuh ulser satu mulut, hantam dekat sebiji nenas. Perghhh syok oooo rasa macam terbakar mulut.

Balik2 tu terus berdarah2 mulut. Erkkk!!

Lepas tu terus lunch , anak2 ni macam biasa nak nasi goreng je la. LM pekena nasi daging merah yang umphh sangat sedap! Licin sepinggan share dengan syafiq. Banyak dia makan.

Sebelum makan dah upah dia pelampung. Meraung2 minta pelampung kat kedai sebelah tu. mak aiii harganya rm12.50 sebijik. Beli je laaa asal dia nak diam tak ngamuk. Bila dah upah pelampung terus baik. Makan pun banyak. Haish si kenit ni!

Sebab dah ada pelampung kena lah rasmi ye dak? Maka syafiq pun berzikir lah nak gi beach. Hurmm layan kan saja lah. Nak-nak si qila dah menangis minta pelampung baru sebab syafiq dapat. Terpaksa lah beli kat pantai.. Opsss lagi mahal rupanya, kat pantai 300 bath(30 hengget ko!)

Adoiiai betul la kata orang tua2, kalau takda duit jangan berani bawak anak jalan. Bukan dia tau benda tu mahal ke murah ke.. Logik ke tak harganya. Dia tau ngamuk dan nak terus jam tu gak.

Pantai mana kami lepak? Best ke? Hurmm nanti LM cerita kemudian okey!

Jenuh weiii taip pakai hp, di semata2 nak bagi info kat korang yang nak melancong ke sana dan nak share cerita. Kalau tak, malas tau nak taip berjela panjangnya ni.

Bersambung...





www.tips-fb.com

6 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Itulah penangan anak dgn umi kan. Sanggup tak pergi kalau Umi tak ada. Baik naik gajah sebab Umi ada walau umi tak naik pun tak apa tapi ada umi bersama...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

syiok!!!
teringin act nak ke krabi

sud@is said...Reply To This Comment

tunggu n3 seterunya, best ni...belum sampai lagi wapun dok sempadan ngan siam..hisshh

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

berani syafiq ye

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Kita sama la tak makan rebung..Tekak tak boleh terima..hidung lagi la tak mau terima..nak muntah bau nya..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Anak-anak dengan mak memanglah sepakat ^_^

Hai, lama sungguh saya tak menyinggah. Dah pergi dan balik dari Krabi rupanya dia ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...