Friday, October 10, 2014

Padahnya Kalau Tak Simpan Air

Salam...

Pheww... Hari ni sangat lah letih. Pagi semalam memang malang buat LM sebab tup2 bila nak cuci pinggan tengok2 takda air, sobss

Terus sms encik Z tanya takda notis ke? Dia kata dia lupa nak bagi tau .. Imam ada bagi tau ... Huhu

Makanya.. Sepanjang hari semalam memang tak masak( mujur dah buat sarapan nasi lemak banyak sikit pagi tu). Untuk makan malam minta encik Z tapau je kebab dari cyberjaya.

Nak angkut air dari bilik mandi untuk cuci pinggan LM risau jejaskan baby dalam perut ni makanya sampai malam lah tak cuci pinggan mangkuk. Tunggu bos besar balik angkutkan air, sobss

Pagi ni sampai pukul 10 baru air menitis .. Tadah la sikit2 untuk cuci cawan dan pinggan.

Dapat juga lah maid sambilan LM tu mengemop rumah dan lap sana sini sikit2 dari air yang menitis setitis demi setitis tu.

Sampai malam tadi nak tido memang air nak minum pun dah takda tau, sadis betul! Ni la padahnya kalau tak tadah air, sampai air nak minum pun kena beli.. Adoiaiii

www.tips-fb.com

5 comments:

Acik Erna said...Reply To This Comment

dirumah acik dah dibagi notis LM..nampaknya kena simpan air untuk minum dan masak ni..acik guna coway..memang lansung tak de simpan air minum..harap kan itu je.

Pokok Manggis Depan Rumah said...Reply To This Comment

Nak kena stanby air jika macam ni kan.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alahai, area LM kena ke? Saya ada terdengar radio tak ingat pagi bila tentang air takda di sesetengah kawasan Khamis baru ni. Area rumah saya tak kenalah. Sejak takda catuan air ni, memang jarang dah tadah air berkodi-kodi. Buat menyemak rumah je. Tapi kalau tak tahu air takda dan langsung tak menyimpan, lagilah parahkan!

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betullah kalau tak ada air memang serba tak kena. Susah.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Alahaim. Dugaan ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...