Wednesday, November 19, 2014

25 Minggu Kehamilan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..kandungan telah mencapai usia 25 minggu lebih, dekat nk 26 minggu pun.

Awal bulan haritu check up berat kandungan dah menjangkau 680 gram pun. hehe dah besar baby ummi, moga membesar dengan sihat kat dalam tu ye sayang.

Baby seusia ni katanya kalau kita suluh lampu di perut dia mula berpaling. owh, ye ke? lepas ni kalau gi scan nak suluh lamp ke perut, nak tengok dia paling ke tak.ehehe..

Gerak baby makin kuat, makin kencang...aktif sungguh. Lewat tido dan kadang kala pukul 2-3 pagi dia aktif menyebabkan ummi terjaga ditengah malam. maybe Allah saja kejutkan sebab nak bagi ummi tahajud kot..ehehe.

Subuh2 hari dah bangun, mula menendang tanpa belas ehsan kat ummi selagi ummi masih didalam selimut kalau dah pukul 6 lebih tu. Wahhh baiknya kamu bangun awal ye baby..ummi ni sebenarnya mata sangatlah payah nak buka sebab sebelum tido je masuk tanda 2-3 kali, lepas tu pukul satu atau dua bangun lagi nak buang air kecil..sobsss

alhamdulillah...apa pun tetap rasa bahagia atas perkembangan baby ni. Moga lahirnya sempurna dan sihat.insyaAllah...

 
www.tips-fb.com

9 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Alhamdulilllah...semoga segalanya dipermudahkanNya juga... :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rindu saat2 mengandung..
Tak sabar nk tgk bb LM yg nih..

EzanIdris said...Reply To This Comment

alhamdulillah suka dengar :) moga selamat semuanya

Ann Ishak said...Reply To This Comment

semoga dipermudahkan segalanya :)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

semoga dipermudahkan...Agaknya kali ni lelaki ke perempuan ??dah pilih nama ke??:)

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

Moga dipermudahkan urusan mengandung kali ni,dan juga masa bersalin kelak...dah buat 3D/4D scan ke?Kalau nak buat, masa terbaik ialah ketika tempoh 28-30 minggu..:)

e d r i n a . 피나 said...Reply To This Comment

May Allah ease everythin for u, sis :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Ai ramai pulak yg mengandung ni.. mulalah saya pun rasa lain.. haha.. kat sekolah saya tahun depan setakat ni dah 8 cikgu confirm nk bersalin, bayang kan?

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Semoga segalanya berjalan lancar. Bila due ni LM? Bulan Januari ya?

Jangan macam Adik sudahlah. Dari dalam perut aktif, keluar pun aktif. Dengan mulut-mulut sekali. Errkkk...ikut Mommy kot! Hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...