Thursday, November 13, 2014

Ada Petua Nak Hilangkan Esen Yang Melekat?

Salam...

Mak aii panjangnya tajuk kan?

Ceritanya begini. Al kisah.. Petang-petang gini sambil melayan kepala yang rasa pening lalat( tak tau nape mabuk semula sekarang ni), LM duk dapur memulakan projek.

Hurm.. Adat la kan, kalau si kenit sorang tu mana boleh diam kalau tak sibuk nak membantu( bantu la sangat?)

Sibuk mewarna kek.. Esen aka pewarna hijau tu habis. Maka LM mintalah dia tolong buangkan botol kosong tu. LM ni guna peearna jenis cecair, belum berkesempatan nak beli jenis serbuk atau yang lebih canggih macam korang tu..

Sebab dia ni konon rajin sangat nak membantu, berlari2 lah dia membuang botol kaca tu. tup2

Si kecik: ala.. Enok! Anan apik hijau dah!( ala.. Tengok! Tangan syafiq hijau dah!)

Siap jeling2 lagi tuh

Ummi la ni uwuh olong...( ummi la ni suruh tolong)

Eceh merungut pula dia.

Ummi:GELAK BAGAI NAK RUNTUH DAPUR sambil suruh dia gi basuh dan sabun.

Dah jadi tak aman nak mencorakkan kek bila dia terpekik meraung marah tangan dia tak boleh cuci bersih.

Dah sabun tak boleh, letak axion x jalan.. Siap dia call bapak dia ngadu tangan hijau.

Glurpp macam mak tiri la pulak. Anak kemain laju ngadu ngan bapaknya kan? Hehehe

Ayah dia suruh letak ubat, dia pun angguk2 sambil lap air mata yang masih bersisa.

Ummi pun sapukan lah minyak aromaterapi, sumbat dia dalam buaian.. Pujuk2 kata nanti hilang la hijau tu... Haish anak ku!!

P/s: korang yang pakai pewarna jenis cecair ni tak lekat kat tangan ke kalau tersentuh penutup atau mulut botol tu?

P/s: ada petua? Biasanya LM basuh pinggan kejap je hilang warna tu tapi tak kan nak rendam dengan sabun pula tangan si kecik tu.

Macam lawak, tapi pening gak bila fia meraung2.. Nak2 si kakak boleh pula buat iklan..

"Eeiii muka je putih, tangan hijau"(gaya datuk syukri)



Lagi lah si kecik meraung!
www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahahaha lawak la syafiq ni. syafiq tak boleh pakai inai ni nanti meraung pulak dia suruh buang inai hihihihi

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kalau saya bagi budak2 main air lama2 dgn harapan semoga cepat hilang kesannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...