Tuesday, November 11, 2014

Aiskrim Jagung@Aiskrim Malaysia

Salam...

Petang yang mendung... Semendung hati ini. Ecehhh!!

Sebenarnya sejak dari pagi pening dan mual. Rasa tak larat sangat sampai nak tengok matahari pun tak mampu.

Ku gagahi juga bangun pukul 11 pagi dari perbaringan siapkan pakaian sekolah adik ad. Dia makan kue tiaw goreng yang LM goreng tadi je..

Melipat kain sampai jam 12 baru gagahkan diri menggoreng ikan keli untuk juadah lunch pula sambil bersiap nak ambik qila dari tadika.

Sebab dah janji daripada semalam nak buat aiskrim, kenalah buat juga..



Aiskrim jagung yang mewah jagung.. Nyumsss

Tambah jagung krim dalam tin jenama ayam brand tu je.. Hehe. Mengenyangkan... Ye lah, dengan susu lagi, jagung lagi..

Malam nanti dah beku boleh makan.. Jap lagi sambung buat aiskrim limau kasturi pula. Tu untuk ummi. Hehe

P/s: kenapalah kepala ni pening? Sarapan sikit sangat kot tadi.. Huhu. Tapi memang sejak malam tadi gastrik. Mungkin tak baik lagi , tu yang pening tu.
www.tips-fb.com

1 comments:

Bbwana adienia said...Reply To This Comment

sedapnya..lama x buat aiskrim macam ni..selalu time sekolah rendah rajin buat macam2 flavor..siap jual di sekolah lagi..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...