Thursday, November 20, 2014

Aku Bukan Malaikat

Salam...

Letih.. Otak letih,badan lagi lah letih.

Tak tau nak marah siapa. Nak marah binatang sah2 la binatang mana ada otak. Nak marah tuan binatang? Boleh ke? Hurmm

Sungguh! Memang tak tau nak buat apa dah..

A) jika bukak tingkap dapur atau pintu dapur makanan atas meja dalam tudung saji pun boleh kena curi dengan kucing

B) ikan bilis dalam laci yang terbukak renggang sikit pun boleh dicuri( okey.. Korang boleh la kata bukan rezeki saya... Tapi dah kalau ikan bilis sekilo rm50 yang dicuri tu 1/2 kilo agak2 kalau kena batang hidung sendiri apa korang rasa???)

C) kalau nak defrost kan ikan atau ayam janganlah berani letak dalam plastik dan terdedah dalam sinki. Kalau sesekor ayam tu dia boleh curi lebih separuh ayam mentah tu. dia seret plastik yang tinggal hanya 4-5 ketul saja.. ( padahal tuannya penuh megah kata kucing dia tak curik lauk walau depan mata sebab kucing dia makan makanan yg kat kedai tu)

D) kalau bukak pintu hall dia memang akan masuk dan kencing di tepi2 meja dan yang jadi sasaran utama dia helmet encik Z yang di susun kadang kala di rak kaca paling bawah.

E) tiap hari memang akan kencing di tayar kereta dan sarung motor besar encik Z. Bila nak keluarkan kereta sah2 kena basuh lantai tu takut anak pijak kencing kucing tu. nak bawak motor kena basuh dulu sebab baunya paham2 je lah(basuh motor dgn baju opis! Grr)

F) tiap hari dia mesti nak berak atas rumpur depan pokok keladi dekat2 dengan ampai baju LM. Eh eh.. Sedang elok sidai baju tercium bau busuk. Kena pulak kutip taik kucing tiap hari

G) dah siap2 nak keluar kena pula buang taik kucing kat dalam bakul stroller. Kalau atas seat senang la nak buang, ni dalam bakul? Huhu


Dulu... Memang kami ada bela kucing betina. Bagi makan makanan kucing gak, tapi kucing kami tak curik lauk atas meja walau tak tutup dengan tudung saji.

Ikan mentah dan ayam mentah hulur pun dia memang takmo. Byk kali cuba memang dia tak sudi makan.

Dia tak pernah kencing dalam rumah pancit sana sini(kucing betina kan..)

Berak di tanah belakang rumah.. Kucing orang lain pulak berak dpn rumah pula? Hamboii???

Kucing kita dah mati.. Tapi kena pula hadap najis kucing orang lain. Sampai bila harus bersabar?kalau cakap sah2 nanti gadoh bermasam muka. Ye tak?

Tak payah la korang nak cadangkab pasang jaring hijau tu keliling rumah. Siyes LM tak sanggup. Buruk benor rupa dia. Letih2 buat gate elok2 tambah pulak jaring hijau tu.. Huhu tak suka:(

Geramnyaaaaa.. Kalau lah tengah2 berak sah2 daku datang liwat kucing tu( jolok montot tu dengan batang penyapu)- ayat orang marah ni. Arghhhhh

P/s: sekian saja entri lepas geram. Ye.. Takda penyelesaian pun. Dah namanya binatang.

Kalau ada tips camne nak buat kucing tak datang berak tempat yg sama boleh lah share ye. Tadi LM tuang minyak masak terpakai je kat situ dengan harapan dia xmo berak situ lagi:(

Ye sabar.. Mesti korang nak komen suruh sabar. Aku bukan malaikat takda langsung rasa marah. Perut lapar tak isi nasi lagi dah kena kutip taik kucing. Korang rasa lepas cuci tangan mampu ke daku telan nasi dengan bernafsu lepas tu? Huhu


www.tips-fb.com

8 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Ada orang bagi petua tabur serbuk kari atau minyak tanah di tempat yang dia suka membuang tu...

Apa ke jenis kucing sampai lauk mentah habis dikebasnya? Keturunan dracula ke apa?

Anonymous said...Reply To This Comment

Try tuang bleach pulak za kat mana tmpt dia slalu berak. Petua ni sy pakai alhamdulillah stakat skrg blom ada lg kucing luar yg berak tmpt yg sama 2 kali. -syariena

Diana Rashid said...Reply To This Comment

siram cuka kat tempat dia berak..ada yang kata bubuh minyak tanah macam kakchik cakap tu..tak pun siap kan lidi penyapu seikat..bukan untuk pukul tapi untuk takut2 kan dia..je ..kucing takut bunyi libasan lidi penyapu tu..bunyi penyapu lidi jatuh pun dia takut dah..

Tihara said...Reply To This Comment

letak serai, daun limau purut, rempah macam kakcik yang kakcik suruh..

suruh tuan dia kasi kucing dia bagi tak mancut
tapi nak suruh tu bukan senang kan..

berdoa je lah yang mampu bila kita teraniaya..
doa orang teraniaya, insha Allah makbul

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Eh..masalah kucing..samalah kita? Minggu lepas isu kucing je yang jadi bualan hangat dl whatapp group jiran2 saya. Ingatkan rumah saya je, rupanya yang berdekatab semua jadi mangsa kucing 3 ekor tu. Salah sorang tu gunakan cuka.. berkesan katanya. Saya baru nk mula hari ni.. ingat nk cuba cuka juga. Harapnya takla jadi mangsa berak dan kencing lagi porch kami..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Adoi, tak sangguplah macam ni! Kalau saya yang kena memang sah-sah darah tinggi terus! Mana boleh tuan empunya buat-buat tak nampak. At least dialah yang kena halang kucingnya lepas bebas sampai masuk rumah orang. Kalau hari-hari nak cuci segala demi tahi kucing, aduhai tak sanggup den! Silap haribulan gaduh laki bini hanya kerana kucing orang.

Eh, sorry! Bukan tolong selesaikan masalah. Tolong tambahkan api dalam bara adalah!

Suzana Ismail said...Reply To This Comment

Kita pun ada mslh sama jg..kucing jiran msuk membuang diporch..membuang ditmn sayur backyard.pdhal kita xpelihara kucing.tuan punye kucing tak ajar kucing dia membuang elok elok.tak peka..menyusahkan org.dpn umh pula anjing jiran membuang..dia ajar membuang disitu..betul betul dpn umh tu ada tnh lapang..huhuh hati sakit yg amat

Suzana Ismail said...Reply To This Comment

Kita pun punye mslh yg sama jg.kucing jiran membuang ditmn sayur dlm laman blkg umh.sllunya saya xbuang pun biar dia reput sndri.kekdg kucing membuang di porch.kat dpn pula jiran ajar anjing dia membuang betul betul didpn umh .disitu ada rumput yg lapang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...