Thursday, November 13, 2014

Alah Bisa Tegal Biasa

Salam..

Benarlah kata pepatah "alah bisa tegal biasa". Alhamdulillah petang tadi selepas zohor rehat kejap.. Lepas rasa dah okey sikit sakit kepala ni terus ke dapur dengan niat nak berlatih mahirkan apa yang belum mahir sebelum ni.

Buat lagi kek karemel.. Alhamdulillah kali ni buat perisa pandan dan coklat..

Siap saja bakar kek karemel tergerak hati nak buat lagi apam kampung untuk sedekah kat surau (malam ni kan malam jumaat). Konon malas nak keluar ambil daun pandan sebab hujan lebat, rasa nak buat saja apam gula merah tup2 selongkar kabinet takda pula stok gula merah! Hancur harapan.. Huhu

LM buat saja apam kampung warna putih saja. Seputih salju.. Nampak bersih gitu!

Alhmdulillah .. Buat tiga bancuhan. Makanya tiga kali lah kukus. Uhukk

Sambil kukus sambil memasak. Siang tadi menghabiskan stok lauk sambal keli dan gulai ayam yang ada. Malam ni wajib lah masak. Cuma masak sambal ketam sweet sour dan sayur pak choy sos tiram dengan telur asin saja.

Sambil jenguk kukus, sambil godek sambal. Sambil kupas buah jambu batu untuk makan nanti. Terkejar2 bancuh teh o bila demgar encik Z dah balik.. Dup dap dup dap jantung bagai nak gugur. Letih!!!

Alhamdulillah.. Hasil apam kampung walau tidak seceria hijau tapi lawa naiknya berbanding semalam. Malah bila dengar diana komen opah dia buat apam tinggi besar .. Hari ni LM buat tinggi sikit ... Nak sedekah kan.. Kalau makan sendiri LM suka rendah2 sebab tak suka tenggelam gigi. Ekeke.. Apa punya alasan daaaa

Apa pun.. Tiap benda yang kita tak mahir tu akan menjanjikan hasil yang baik jika kita usaha lakukannya.

Macam kek karemel.. Dulu muat dua kali gak tak jadi tapi kini kena fokus dan sabar insyaAllah hasilnya memuaskan.

Apam pun gitu.. Usaha sampai boleh jadi macam apam yang orang lain buat. Orang komen kata  opah buat tinggi kita up lagi bagi tinggi agar rupanya elok setara orang lain buat.. Sedap mata memandang hasilnya nanti.. Betul tak?

Sebab tu suka sangat baca komen2 kalian.. Walau tak berkesempatan reply tapi ia menjadi panduan dan tips buat LM. Bertukar pendapat dan pandangan..


www.tips-fb.com

4 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahaha..tak mau tenggelam gigi takut tak jumpa gigi ke apa nanti??ekeke..macam2 LM nih..

sedapnya kek karemel..bila dah mahir buat,tak rasa letih pun bila buat selalu..kan?Saya kena buat selalu la nampaknya..nak bagi mahir dan rajin..:p

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rajin btul la LM ni dok dapo tau...hahaha

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan kan kan kalau tak mahir buat sampai mahir!!!

kira la tu. pestime buat mesti tak jadi dan ada cacat cela ehehehehehe

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Betul bak kata LM, kalau kita dah biasa, apa yang dirasakan mungki sussah tu dah tak jadi apa2 pun. Nak memulakannya tu yang penat sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...