Monday, November 24, 2014

Alhamdulillah..33Tahun Sudah.

Assalamualaikum..23 November tarikh keramat di mana ibuku Puan R bergelut menahan sakit, bertarung nyawa melahirkan diriku ini.

Kasih sayang ayah dan bonda tiada batasnya, tiada sempadan.. Kasih mereka tidak bertepi

Anak kecik seberat 2.7 kg, putih melepak, hidung terpacak bak kata nenek2 sedara buat mereka geram melihat anak kecik yang mugil itu.

Anak kecil yang dimanja dan dijaga penuh kasih.. Walau ketika itu tanpa elektrik bukan bermaksud tidurku dalam kepanasan. Si ayah sanggup lipat tiga segi kain lampin dan menggigit hujung kain dan kipaskan kain ke puteri kesayangan agar tidur ku lebih lena.

Walau hidup dikelilingi pokok getah kebun arwah moyang tapi tak semudah itu bonda dan ayah nak izinkan nyamuk menggigit tubuhku.. Allahu Akbar.. Besarnya kasih kalian padaku.

Walau hidup kita tak mewah tapi tak pernah ayah kata TIDAK saat daku mahu bergenbira sertai lawatan dan rombongan tiap tahun di sekolah rendah dulu2.. Dari mana datangnya duit? Entah.. Yang daku tahu.. Dapat berseronok! Tu saja.

Kini.. Daku dah besar .. Membesar bagai hippo kot saat hamil hampir 7 bulan ni. Hehe.. Tapi mak ayah tetap anggap daku macam baby kecil mereka. Ucapan hari lagir dari bonda tetap kedengaran buat anak nya kecil umpama 5-7 tahun:)

Jika dulu daku tak pernah fikir mak ayah ada duit ke untuk penuhi permintaanku tapi kenapa bila daku setua ini masih sukar mak ayah menerima pemberianku hatta satu set cadar kesukaan mereka yang nilainya tak sampai rm200 pun.

Berkali2 minta nombor akaun nak bayar balik pemberianku walau sejak awal memang telah niat dalam hati mahu hadiahkan mereka.

"Mak kerja.. Mak ada duit, awak tu tak kerja" itu saja ayat bonda yang diulang berkali2

Alahai bonda.. Duit boleh di cari.. Elaun pemberian suami ala2 melebihi gaji kerani ,duit jual sikit2 vitamin kira pendapatan la tu. pendapatan tanpa kena tax dapat bersih bak kata encik Z. Hahaha.. "Duit masuk je tak boleh keluar.. "Tambah encik Z.

Ye..memang daku kedekut pun. Tapi sesekali untuk hadiahkan pada kedua orang tuaku mustahil daku akan kedekut..

Ayah.. Bonda.. Terima kasih kerana kalian hadir daku ke bumi Allah ini.

Buat encik Z.. Terima kasih terima daku dalam hidupmu. Terima kasih jadi insan pertama wish dan bagi hadiah juga. Belanja baby makan apa yang baby dalam pewut ni idam kan.. Nom nom.. Sedap nya kerabu mangga( nak gi chicken rice shop semata2 nak kerabu mangga je pun)

Buat adik2, kawan2.. Semua yang hulurkan ucapan dan doa. Semua yang mengingati dan mendoakan kesejahteraan daku.. Terima kasih banyak2.. Hanya Allah yang mampu membalas. Moga doa yang baik2 tu berbalik kepada kalian.. Amin.

33 tahun.. Tua suda.. Tua suda.. Lalalala

Happy Birthday To Me.
Moga Allah sentiasa memberkati..
Amin..


www.tips-fb.com

11 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Happy birthday LM. Syoknya LM, 33 tahu ank dah nak masuk 5. Eh baby lahir tahun depan kan? Saya bilalah nak tambah lagi.

moga LM diberi kesihatan yang baik, sentiasa bahagia dan ceria di samping suami dan anak2...

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

selamat hari lahir .. moga Allah melimpahkan lagi rezekimu.. semoga panjang umur dan sihat selalu,, :))

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Happy birthday LM..
Still nampak muda la LM..
Still nampak mcm umur 20an je..

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

happy birthday~~!!

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

selamat hari lahir.. semoga hidup di limpahi kasih sayang & rezeki yang berpanjangan. di berkati & di rahmati selalu

Diana Rashid said...Reply To This Comment

jangan la cakap 33 dah tua..orang kat sini dah 34 tau..kecik hati kami..


ekekekek

Diana Rashid said...Reply To This Comment

selamat hari jadi LM..semoga panjang umur,dan dipermudahkan urusan bersalin nanti ye..

EzanIdris said...Reply To This Comment

happy birthday sis

farhana mohamad said...Reply To This Comment

sanah helwah kak. :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Happy belated birthday, LM. Lama tak singgah, baru ni terbaca. Sorrylah dah lama berlalu baru dapat ucap tapi tak seindah dan dinanti-nantikan macam ucapan dari insan-insan tersayang, kan. Okey, takpa ^_^

Tengah sibuk 'mengebom' nih. Hehehe...

5elements said...Reply To This Comment

Selamat hari lahir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...