Thursday, November 27, 2014

Baby Sihat Dan Aktif

Assalamualaikum...

Hari yang cerah... Ops encik Z kejut dari lena yang panjang katanya nak pergi check up baby. Err.. Rasanya dia tak cakap pun nak gi bawak skodeng baby hari ni. Patut lah dah jam 9 lebih dia tak gi opis lagi.

Laju-laju mandi wangi- wangi, make up lawa- lawa, hati gembira bukan kepalang lagi sebab nak skodeng baby. Sebenarnya tarikh yang doktor bagi 30 hb ni, tapi doktor silap bagi tarikh , hari ahad memang doktor takda kat klinik, cuma ada perkhidmatan scan 4D saja pada hari ahad.

Sebab nak kena check up, nak kena minta surat dari doktor sebab nak naik terbang ke sarawak isnin depan ni makanya memang kena pergi hari ni juga. Plan asal rasa nak pergi esok sendirian, tak sangka encik Z sanggup pula korbankan masa bertapa sampai jam 12 kat klinik sama- sama hari ni.

Memang ramai orang, sabar dan bertabah sajalah sambil makan kuih siput sira sambal yang beli di klinik tu.. Ehehe

Tettt.. Letih menanti berbayar juga dengan kegembiraan bila dapat skodeng baby. Scan 4D lagi tu hari ni sebab doktor nak test mesin baru.

Baby sangat aktif, berjuraian peluh doktor nak snap gambar dia, kejap dia menonggeng, kejap tutup muka dengan tangan, kejap pusing- pusing.. Tapi ummi puas hati sebab dapat skodeng mata dia, mulut comel dia.. Sama cam mulut adik beradik dia yang lain- lain, dan hidung sama macam adik ad dan si kenit. Hidung takda batang. Ehehe.. ( bab hidung memang tak ngidup ummi langsung ). Nasib baik comel.. Wink wink!!

Berat baby anggaran 1 kg di saat hampir 27 minggu ni. Semuanya normal.. Takda apa yang perlu dirisaukan menurut kata doktor.

*Tempat bersalin tak pilih lagi.. Tapi rasanya nak pergi puchong kot sebab dekat.
*nama baby tak pilih lagi(tu biar ayahnya yang pilih)walau 16-17 minggu dah tau jantina tetap tak tau nak bagi nama apa.
*baju baby tak ada apa sangat pun lagi. Baru beli 2 pasang...
*kelengkapan berpantang ummi pun belum beli lagi.

Nampaknya balik dari sarawak nanti sibuk urus persediaan naik sekolah kena lebihkan sikit energy pilih kelengkapan baby juga. Encik Z dah cakap beli sekali dengan kelengkapan sekolah budak berempat tu je nanti. Baek bos! Kita ikut je.. Hihi

Ikut ummi stroller pun nak beli baru(padahal bukan guna pun).semua nak baru.. Pastu yang syafiq punya dua tiga gendong tu buat apa ek?lalala( ish ish.. Insaf LM insaf.. Membazir tu amalan syaiton)

Dilema sebenarnya.. Selama ni beli baju besar baby keluar awal lahir 2 kg lebih je baju gedoboh besar kena shopping lain gak. So kali ni 2 pasang aritu LM beli newborn. Haha.. Jarang betul beli baju newborn tau. Sebab dah kena maisarah dan ad lahir besar , baju newborn guna dua minggu je dah sempit. Tup- tup syafiq dan qila lahir kenit baju gedoboh la pula.

Takpa.. Beli sikit dulu nanti tak cukup boleh shopping lagi. Jusco depan mata je pun. Boleh beli bila- bila masa.. Yang penting jangan membazir. Ye tak?


www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Suka bila dpt tengok pergerakan baby kan. Sihat dan tanda bolehlah nak terbang ke S'wak. Jgn takut:)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

lelaki ke pompuan LM??Saya nak pompuan..please...heheheh...mana2 pun tak pe..saya sayang jugak..
hahahahah....

deno said...Reply To This Comment

Alhamdulillah... tak sabar pulak deno... hihi^^

- DayangDeno -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...