Tuesday, November 18, 2014

Curiga Buat Hati Jadi Gelisah

Salam...

Hari ni tadika qila ada buat lawatan ke zoo negara. Ikut jadual yang cikgu bagi mereka bertolak balik pukul 2.10 petang dari sana.

Sebab diri ni tak sihat dan sangat tak larat makanya LM terlelap sementara menanti saat nak ambil dia dari sekolah.

Ikut congakan LM dari zoo ke sini dalam 45 minit ke sejak je.. Makanya LM gerak dari rumah pukul 2.45 petang( biar kita tunggu anak, tu yang LM selalu semat dalam hati)

Syafiq sedang tido masa nak gerak tu, disebabkan abang dia ada kat rumah( sebab ada raptai sesi pagi untuk majlis anugerah pelajar cemerlang) maka LM tinggalkan dengan ad saja.

Kebetulan semasa bersiap nak keluar tu datang satu motor sibuk jenguk2 ke arah rumah dan bertelefon tak henti2. Hati dah cuak sebab dia tak call LM pun (bersangka baik mungkin dia nak hantar surat ke apa)

Bila lama juga dia di luar gate terus arahkan adik ad minta tanya dia nak apa. Bila dia sebut nama adik ad jawab salah rumah terus dia tak puas hati minta ibu keluar arahnya..

Walau rasa sebal terpaksa juga keluar. Bila dia tanya ni rumah bla bla bla? LM kata bukan. Tu bukan suami saya. Salah rumah. Dia tanya betul kan alamat ni? Ye betul, tapi nama tu saya tak kenal( jelas LM). Betul ni? Ye ke bukan rumah ni?

Dia masih tunjukkan rasa tak puas hati macam kita ni hutang 100 ribu kat dia pulak? Ko ingat ko along ke apa? Grrr

"Bukan! Ni memang bukan rumah orang tu, saya tak kenal" terus saja LM beredar jauh dari gate dan berharap dia pergi. Tapi dia masih juga menelefon orang itu dan ini tak balik lagi.. Masa bergerak, risau bas dari zoo sampai anak tunggu lama di sekolah. Terus dalam berat hati pesan kat ad jangan buka pintu walau apa pun kalau orang datang. Takda siapa nak repair apa2 , jangan buka pintu langsung. Jaga adik!

Dari rumah ke sekolah dalam 2-3 minit je, terus buka gate dan nak tak nak oranf tu terpaksa pergi sebab LM nak undur kereta. Hati berdetak kencang.. Terpaksalah sedapkan hati tinggalkan dua anak tu kat rumah..

Dari pukul tiga dah menyampai ke tiga suku masih tak nampak bayang bas. Tunggu sampai 3.30 masih takda lagi. Mak aii hati dah panas menanti. Pukul berapa mereka ni gerak dari zoo? Dalam gelisah 3.45 petang cuba call rumah sebab hati bagai nak pecah memikit keselamatan anak kat rumah.

Bila lama telefon berbunyi ada orang angkat. Tapi.. Yang kedengaran cuma suara syafiq yang menangis. Bila tanya mana abang dia terus meraung abang ad! Nak ummi! Abang ad!

Mak aii pujuk pun tak jalan, suruh bagi abang telefon pun tak bagi juga. Lepas tu call tiga kali terus tak berangkat. Mana tak risau.

Kepala duk tertanya2.. Mana abang dia?kenapa syafiq menangis sampai hilang suara? Kenapa lepas tu call rumah tapi tak berangkat?

Tak tunggu lama terus pecut kereta balik rumah. Hati berdebar2. Balik2 tengok syafiq bengkak mata menangis bagai nak rak tapi abangnya boleh je tido depan tv macam takda apa2.

Jentik telinga dia terus dia tersedar! Grrr

Kita punyalah risau.. Dia tido kemain sedap. Terus angkut syafiq semula ke tadika. Menanti lah anak2 tadika ni pulang dengan penuh kesabaran . Capai je tangan qila terus laju2 angkut bawa balik. Hati memang curiga betul pada orang bermotor tadi. Macam2 benda yang tak elok terbayang di ruang mata.

Ye lah.. Beberapa hari lepas di kejiranan ni ada india masuk rumah kata nak repair tandas. Si anak orang tu terus bukak pintu. Ye lah .. Budak2..mujur si ibu kebetulan bercuti suruh keluar sebab katanya suami nya akan pulang kejap lagi. Apa2 hal bincang dgn suaminya dulu katanya. Mujur tak jadi apa2.. Dah masuk rumah dah tu!

Tiga empat hari lepas pun ada dua motor ditahan cuba nak ceroboh masuk dikejiranan ni jam tiga pagi. Hurmm .. Kalau takda yang berkawal, silap2 ada rumah yang jadi mangsa kot. Sedangkan 90 biji rumah di sini mmg takda india. Ada satu je india .. Lain melayu. Bila disoal nak ke mana terus mereka cabut.

Banyak kes berlaku. Buang sampah depan rumah pun kena tetak, duduk depan rumah pun kena culik.. Makanya, tak salah curiga pada orang yang tak kenal demi keselamatan sekeluarga. Tapi.. Bila terlalu curiga hati ni rasa macam nak pecah memikir. Huhuhu
M
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Itulah kan, dengan keadaan persekitaran yang macam-macam, kita pun tak rasa yakin. Bukan LM je, saya pun kalau nampak macam pelik2 mulalah pikir yang bukan-bukan.. pernah masa malam pun terasa bunyi kat bawah, ingatkan ada pencuri masuk, alhamdulillah bukan apa2.

huda huda said...Reply To This Comment

risaunya.. sekarang macam2 kes kan..
moga sentiasa dlm lindungan Allah keluarga akk.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...