Tuesday, November 25, 2014

Dah Naik Harga Ke?

Assalamualaikum...

Hurm... Semalam terlupa nak minta encik Z belikan susu syafiq. Risau tak sempat beli malam ni sebab dia ada meeting rasanya malam ni, maka terkedek-kedek la LM ke kedai beli susu syafiq.

Eh, aritu rasanya rm54.90, tup-tup hari ni dah naik rm59.90 ke? Terus msj encik z.. Katanya biasalah tu.. Semua barang naik.

Jenguk jambu batu yang ada biji tu rm4.50 sekilo, owh betul tu.. Sebab dua -tiga minggu lepas harganya baru rm3 sekilo kat kedai tu. Memang tak beli jambu batu di kedai lain dah sebab situ boleh dapat rm3 sekilo. Tapi... Dah naik dah rupanya:(

Semua naik.. Berat badan pun naik. Ehehe..

www.tips-fb.com

2 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sebab itulah berat badan naik, dah semua pun naik. Hahaha...

Mana ada yang turun sekarang ni, LM. Kalau tak naik harga, macam tak mengikuti perkembangan je para peniaga ni. Kita yang jadi tension dok kira bil bulanan.

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

serba serbi naik kan LM...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...