Saturday, November 1, 2014

Dugaan Itu Rencah Kehidupan

Salam..

Kita selalu dengar orang kata dugaan itu perlu dalam hidup ni agar hidup kita berseni dan cukup perisa.

Kalau asik bahagia dan gembira takda lah seronok dan berseri hidup ni sebab tanpa dugaan kadang kala kita lalai dan lupa pada Allah..

Hurmm.. Betul juga!

Namun kadang kala dugaan hebat pun mampu buat kita tersungkur. Orang yang bertaubat mungkin Allah terima diri mereka kembali tapi adakah manusia sekeliling mereka turut terima? Biasanya ... Mustahil diterima malah mungkin terus dicemuh dan dituding jari berkali2 hingga hilang keyakinan untuk terus berjuang berbaiki diri menjadi hamba Illahi yang beriman.

Kalau tak kuat iman boleh tersungkur berkali-kali akibat hentaman manusia sekeliling walau Allah tetap ada bersama.

Mungkin... Kita lupa Allah tetap ada walau dunia menghina salah silap masa lampau kita. Sebab.. Kita tak nampak Allah, kita tak dapat dengar apa kata Allah pada kita. Yang kita dengar cemuhan dan makian.

Jika Allah tak sayang pasti Allah tak beri kita peluang. Jika Allah tak sayang pasti Allah tak beri kita kesempatan rasai bahagia dan gembira semalam dan mungkin esok. Apalah sangat kesedihan dicemuh harini berbanding MUNGKIN kegembiraan dan bahagia yang menanti di esok hari.

P/s: hidup ni bukan hanya ada suka dan bahagia.. Allah beri kita peluang dan ruang dalam setiap dugaan yang datang. Terserah takat mana kita nak tepis dugaan hebat demi menjadi hamba yang bertaqwa. Wallahua'lam.

P/s2:kadang kala berjuang untuk hidup dan buat insan2 yang kita sayang tu lebih baik dari berundur kerana tak mampu menepis hinaan musuh . Selagi kita diredhai Allah, insyaAllah bahagia itu pasti tiba

P/s 3: coretan takda kena mengena dgn penulis, sekadar coretan hambar dan bingkisan sepi saja..

www.tips-fb.com

6 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Saya akui la saya ni memang tak kuat nak hadap cemuhan orang...sebab tu saya ni tak suka terlalu menonjol kan diri.takut sungguh orang nampak buruk saya.keluar rumah pun jarang2 sampai ada yang kata,"ingatkan dah pindah..lama tak nampak"
padahal saya lebih suka berkurung dalam rumah.zaman sekarang ni kita tak buat apa2 pun kita di cemuh apa lagi kalau kita buat silap..

Mar Mansor said...Reply To This Comment

Allah tidak akan membebani hambaNya dengan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya..
sesukar mana, ingatlah Allah sentiasa ada..meskipun masyarakat mencemuh

emieysandra said...Reply To This Comment

sy pun sdg diuji, doakan sy kuat yer sis

sud@is said...Reply To This Comment

Awat sedih ja hari ni LM,, moga kita kuat menghadapi segala dugaan dn juga semoga urusan kita dipermudahkan olehNYA.....

Mila Hilas said...Reply To This Comment

semua org ad dugaan tersendiri.hanya beza dugaan besar / kecik..kuat ataupon tidak..tp ape pn tetap kena lalui.xblh utk menidakkan.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Semua dugaan yang datang akan mematangkan diri kita dalam hidup. Hidup tanpa dugaan pun tak guna juga. Tiada pengajaran dan iktibar masa lalu yang boleh dikutip untuk panduan hidup kita pada masa mendatang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...