Tuesday, November 25, 2014

Homemade Takoyaki

Assalamualaikum...

Rasanya tiada ibu hamil yang sengaja mereka cerita atau mengada-adakan keinginan mengidam untuk makan sesuatu.

Sesungguhnya, teringin tu lain.. Tapi ngidam tu bila tak dapat memang rasa mencengkam le hati. Rasa nak sangat sampai nak meleleh air mata selagi tak dapat.

Biasanya apa yang LM ngidam nak makan tu bukan benda payah nak dapat pun. Apa yang boleh buat sendiri akan LM masak sendiri.. Tapi, dari bulan puasa hari tu ngidam nak takoyaki. Cuba buat- buat lupa tetap merayu-rayu baby dalam perut ni minta juga( eh ye ke?)

Di sebab kan dah pernah beli kat pasar malam putrajaya dulu tak memenuhi piawaian tekak LM( pertama kali makan terus tak minat ) maka bila ngidam terus tak mahu cari kat situ. Tapi.. Mana nak cari??



Tara... Ni dia hasil tangan LM. Pertama kali buat berpeluh-peluh cuba membulatkan takoyaki ni.

LM beli tepung readymade siap sos dan bagai tu dengan blogger terkenal otai memasak puan noorsha . Otai la kan.. Siap masuk majalah lagi tu. sejak duk qatar dulu memang selalu intai resepu waffle dia dan lain- lain.

Memang sedap!berbaloi...

Buat 1/2 adunan je sebab si kenit tidur. Esok buat lagi bagi dia rasa. Alhamdulillah sangat sedap. Lembut je tepungnya. LM buat inti sotong. Perghh memang puas makan.

Terima kasih encik Z sudi belikan set tepung homemade takoyaki ni , boleh la tidur lena malam ni sambil senyum-senyum terbang ke jepung. Haip- haip... Makan makanan jepun memang terasa macam wah!!!!( bangga giler dapat membulatkan takoyaki sebenarnya)

www.tips-fb.com

1 comments:

Yaya Azura said...Reply To This Comment

tak pernah makan..hehe..
camne rasanya? misteri nih! sure sedap..kalau tak tak kan mengidam tahap kritikal kan? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...