Friday, November 28, 2014

Ikut Sedap Dia

Assalamualaikum..

Hurm.. Tak reti nak luah macam mana. Silap luah nanti orang kata kita tak bersyukur pula. Silap cakap dituduh tak bertimbang rasa.

Ceritanya begini..

Encik Z ambikkan part time maid untuk bantu meringankan beban LM dirumah. Dia ni datang tiga kali seminggu. Taip kali kerja tiga jam.. Kerja rumah la.. Mengemas, mengemop dan mengelap bagai. Dia bak gaji seminggu sekali.. Ikut persetujuan kedua pihak gajinya rm110 tiap minggu. (Bermakna 9 jam kerja rm110).

Janji dulu minta dia datang jam 9 pagi, ye lah biar lah encik Z siap sarapan bagai nak ke opis baru dia datang. Tapi dia kata nak datang jam 8..

Lama- lama ikut sedap dia nak datang 7.45 am..maka dia akan pulang 10.45 am. Atau 7.55 am.. Atau 7.30 am.. Kalau dia bergayut tepi pagar berborak dengan jiran hujung jalan rumah LM tu dia akan sampai 8.10 am ke camtu lah..

Ikut engkau la.. Janji kerja beres.. Itu kata hati LM. Bila dia buat kerja lain LM kemas dapur, lap sana sini.. Konon biarlah selesai segala kerja mengelap bagai tu tapi dia main ngelat juga. Dia tak cuci tandas tiap kal datang. Lantai bilik mandi tak disental dengan berus, tapi dia tonyoh pakai penyapu je. Takat ni LM diam lagi tak komplen apa-apa. Bila encik Z balik.. Ayatnya mesti akan kata.. Haaa bersih dah lin kemas. Padahal yg tertonggeng2 menggilap dapur tu aku tau! Grrr geram tak?

Lama-lama dah dua kali ni malas dah LM cuci apa- apa pinggang dalam sinki tu . Buat la sendiri.. Sebab dia ni sekarang pagi tak datang tanpa bagitau. Dulu-dulu dia call cakap minta tukar petang, tapi sekarang main terjah je.

Petang kan masa nak berehat. Nak golek depan tv.. Kalau ada orang lain kan susah nak buat itu ini. Nak meroti pun petang, nak kukus kuih pun itu je lah masanya.

Kadang tu 2 petang dia datang. Kadang tu 1.30 dah terjengul. Entah la.. Serba salah. Tadi tinggal kan kejap dengan anak- anak 4.45 dia dah balik. Padahal dia datang ngam- ngam jam 2 petang.

Dulu janji kira jam tapi sekarang ni dah mula ngelat. Tak mampu nak bersuara nanti mesti encik Z kata LM cerewet la apa la.. Tapi mana boleh tahan camni..

Mungkin korang nak kata.. Alah, takat 10 minit pub nak kira? Bukan bab tu.. Tapi pasal disiplin. Kalau janji pagi kerja pagi lah, siapa bos? Awak atau saya? Tapi bos pun tak mampu bersuara.. Kan?

"Aku ni asik diakal dek maid indon je"terdetik gak dalam hati gituw. Sinki bilik mandi tak dibasuh LM la yang gi tonyoh bagi berkilau. Sinki bilik mandi yang jenis kaca tu kan buruk giler kalau ada kesan sabun atau ubat gigi..

Takat lepas beban perasaan kat sini je la.. Korang rajin korang baca. Tak rajin x je la.. Takda sape dengar pun kan.. Huhu.

Carik maid lain? Payah nak cari yang sesuai..tapi kenapalah mereka ni suka buat kepala sendiri? Sobsss.

www.tips-fb.com

5 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mak ambik pembantu di hujung minggu. Sekali datang RM80 - mahal kan?

Kerja dia cuma dalam 4 jam - menggosok pakaian, mengemas rumah - lap lantai, cuci bilik air, cuci kipas dan gilapkan mana yang patut.

Dah pencen ni, mak ingat malas dah nak ambik tapi ayah kata 'kita ambil berselang minggu'. Datang dan balik berambil berhantar . Taklah puas hati sangat dengan kerjanya, tapi bolehlah bagi markah 90 drp 100...

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

rasa memang kena tegurlah LM jangan diam je kot, kita yang makan hati.

Yus pernah gak ada hati nak ambik hourly maid ni, tapi pikir punya pikir, takpelah, kalau time penat tu, biar je rumah bersepah, kang dah rajin kemas...hehe.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kena cakap tu LM..sebab awak diam la dia berani..Dia inagt awak tak kisah..memang ada orang suka ambik kesempatan macam ni..nak kerja mudah je..
kalau awak tak nak cakap biar saya yang cakap kan??ekekekek...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Sorila ye LM..org Indon ni mmg mostly xblh pecaya sgt dia punya peel.bknla semua tp kebanyakannya mcm tula..jgn kata maid..yg kerja reno umh pun mcm tu..hari ni dtg esk xdtg..ikut suka dia jek

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

kena bawa berbincang tu dengan encik Z. Kalau encik Z dapat baca entri ni mesti dia faham. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...