Wednesday, November 19, 2014

Kek Coklat Moist


Salam...

Dah lama sungguh LM ngidam nak makan kek coklat lembab dengan krim meleleh2 tau.. Tapi entah kenapa malas sangat nak buat. Selalu nampak diana buatkan kek untuk anak2 dia terdetik hati nak buat tapi.. Sobsss takda kekuatan nak buat.

Takat kek coklat.. Buatlah banyak mana memang habis punya kalau rumah ni, cuma encik Z sorang tak minat coklat2 ni

Bila pergi PETRON, tengok bekas kecik pun jual sampai rm6.50. Ish ish ish( geleng kepala)

Dah dua tiga kali nak sms jiran minta buatkan tapi duk fikir kalau sebuku tu mau2 gak rm35-40 kot? Ish!!! Rugi rugi..

Maka ... Dalam keadaan sakit pinggang yang teramat sangat tu, gigih la buat kek ni semalam...



Abaikan kecomotan kek tu. berasap2 lagi dah potong. Giler punya gelojoh ibu hamil ni. Orang lain, tunggu sejuk baru tuang topping. LM ni tak sabar punya pasal terus tuang dan potong makan. Siap kena tiup lagi tu sebelum suap ke mulut.

Haha... Resepi google je.. First time cuba resepi ni.

Mari LM share resepi ni, kot ada yang minat nak cuba..

Bahan:
A)
1 cawan air
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko

Semua tu masak atas api hingga likat.

2 biji telur dipukul dengan garfu dan masukkan dalam bahan A.

B)
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh double action baking powder

Ayak dan campur dalam bahan A tadi.

Panaskan kukus.. LM letak dalam dua bekas.. Kukus 25 minit.

Topping:
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko

Masak atas api.. Jika nampak pekat sangat tambahkan 4 sudu susu full cream dutch lady( LM saja tambah)

Untuk tekak LM lulus! Sedap lembut dan gebus.. Boleh tukar minyak kepada butter cair..

P/s: hari ni masih sakit pinggang.... Azabnya rasa. Sobsss

P/s: ngidam nak makan kuih nagasari. Huwaaaaaaaa

www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Anak2 saya kalau kek mesti nak coklat..kalau tak de topping pun tak pe..hahah..pun habis tak sampai sehari..Memang mahal yang jual kat stesen minyak tu..sebab tu saya gagah jugak buat.padahal tak susah mana pun.tapi bekas kecik je sampai 5,6 ringgit.

e d r i n a . 피나 said...Reply To This Comment

favouriteeee *_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...