Tuesday, November 4, 2014

Krabi Part 4

Salam...

Dah takda mood sebenarnya nak taip entri krabi ni tapi sebab dah mula kenalah habis kan jugak ... Sobss

Sebab apa tak larat nak menaip? Meluat sangat taip pakai hp, giler punya payah. Gambar pulak kat dslr. Dah la takda laptop. Bilalah aku nak dapat laptop nih? Grrrr

Okey.. Meh sambung..

Bagi yang tercicir entri krabi sejak dari awal jemput lah baca ... Maaf la LM guna hp main copy je link kat sini. Seadanya saja..

http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-1.html?m=0

http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-2.html?m=0

http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-3-gajah.html?m=0

Lepas episod duk bermesra dengan si gajah dan dah kenyang isi perut dengan nasi daging merah terus lah menuju ke pantai. Kami tak pergi Aonang Beach, tapi ke beach sebelah sini sikit tu. aduhh sori sangat LM lupa nama pantai tu apa. Tapi memang tak jauh dari Aonang beach yang sibuk dan nampak sarat dengan orang tu. hujung sikit je..

Ada banyak gerai makanan dan minuman serta kedai cenderamata kat sini. Nak beli topi ke apa je boleh sambar kat sini. Takat rm10 dah dapat topi lawa2 dah, sedangkan LM beli topi kat Kota Kinabalu aritu dah rm39.90 tau.

Ada kedai jual makanan panas dan usang goreng tepung islam dan adik tu pandai cakap melayu! Yeayyy saya suka!!!

Makanan tak la mahal mana.. Takat nasi goreng seafood tu rm4(40 bath) saja. Udang dalam 3-4 ekor dalam tu, ada sotong jugak !

Sedang menanti si anak2 syurga ni menukar pakaian mandi datang la seorang mamat ni menawarkan khidmat untuk ke pulau. Bila tanya orang hamil boleh pergi ke, jawabnya boleh..sebab bukan naik spead boat tapi naik long tail boat. Boat panjang yang muat berbelas orang atas dia tu.

Tapi dia tawarkan 2000 bath(rm200) untuk satu boat, hanya kami sekeluarga saja. Takda pakej makanan la sebab gi sendiri. Sebab gi sendiri tak yah laju2... Takda hentakan dan tak bahaya untuk si ibu hamil.

Owh tuhan.. Nak nanges kat situ gak! Alhamdulillah dapat gi pulau! So, pakat2 kami setuju gi esoknya tunggu kat situ jam 9 pagi time sana(10 pagi time kita)

Sempatlah nak sarapan bagai dan tapau makanan kot..

Anak2 mandi manda LM layan blues kat tepi pantai je. Sebab takda tikar LM alas je dengan selimut Air Asia yang kami bawa untuk anak2 selimut masa datang haritu.. Ekeke..

Daripada bersimpuh dah bersila, lenguh kaki terus berlunjur. Last2 terus baring dan siap terlelap dua tiga round lagi kat situ sambil menanti anak2 mandi manda main pasir bagai.

Kami balik dalam pukul 4 petang tu pun bila sedar hari dah nak hujan. Lebat betul hujan petang tu.. Siap ribut lagi.

Rupanya sampai hotel je si kenit ni takmo naik bilik. Dia sambung main kat swimming pool pulak.

Malam tu lepas makan terus saja kami ronda2 bawah tu. anak2 keletihan takmo keluar dah malam.. Makanya bila ditawarkan urut kaki oleh encik Z terus saja LM angguk2 laju. Lagipun hati dah gumbira sebab esok dapat gi pulau kan..

Urut kaki cuma rm20je. Murah sesengat. Sejam pula tu! Siap ada bilik khas bertirai. Memang baik bagi mereka yang menjaga aurat. Bila mengurut dua tiga minit si tukang urut menawarkan scrub kaki pula. Terus setuju.. Tambah lagi rm20.

Haha akhirnya bila dah sejam lebih encik Z datang nak ambik tak siap2 juga. Terpaksalah minta dia siapkan cepat sebab anak2 dah tido, sian pula . Si kakak tolong jagakan kecik tu sampai tertido2.

Kaki dah selesa lepas kena urut, bengkak kaki dah hilang. Takda berdenyut lagi. Tapak kaki pun dah lembut macam baby lepas kena scrub. Ecehhh . Terus tido mengharap tenaga yang hilang dapat dicas kembali untuk aktiviti yang sangat diimpikan dikrabi.

Ops sebelum tido telan dua keping banana pancake . Ekeke.. Bernafsu betul kalau jumpa banana pancake ni tau! Nyumsss😘



Bersambung....
www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sejam urut kaki??murah nya kalu 20 ringgit..rasa macam nak pi ngurut kaki pulak..heheh..

LM..beli tab je la dulu senang sikit.Tab kat lazada murah2 je..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Murahnya urut kaki sejam punya cerita. So entri Krabi ni tak boleh habiskan lagilah. Cerita pulau tak sampai lagi nih!

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Dengar pasal urut kaki, mandi pantai, pencake ni buat saya terasa jom kita g krabi? Haha.. kalau ada rezeki ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...