Thursday, November 6, 2014

Krabi Part5

Assalamualaikum...

Lama sungguh balik dari krabi tapi masih tak siap2 cerita kan? Huhu..

http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-1.html?m=0

http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-2.html?m=0

http://www.lydiamiza.com/2014/10/krabi-part-3-gajah.html?m=1

http://www.lydiamiza.com/2014/11/krabi-part-4.html?m=1

Mari kita sambung cerita ke pulau. Seperti mana yang LM cerita sebab semua agensi tak mau bawa ibu hamil ni ke pulau sebab bahaya maka kebetulan kami ditawarkan dengan harga rm200 sewa satu bot panjang. Muat berbelas orang juga boat tu tapi kami bertujuh je lah yang bermaharajalela dalam tu.

Sebab tak ikut pakej, makanya makan sendirian berhad. Pagi2 tu LM dah tanak nasik sewal 6.30 pagi. Lepas tu sejukkan nasi terus buat nasi goreng kampung( rencah ikan bilis dan telur je pun).

LM memang bawa beras sikit, sardin.. Bawang dan cili api sket. Dapat lah buat2 sambal sardin ke apa bila jemu makan makanan sana kan..( gi dubai dan oman dulu pun bawak rice cooker gak. Ops, g umrah pun bawak rice cooker, gigih daku memasak dalam hotel tu. ekeke)

Kebetulan lebih sarapan tu masih ada lagi nasi goreng tu maka LM bungkus pakai polisterin . Siap rebus telur bagai la konon nak bawa bekal. Sampai kat tepi pantai tu terus gi order 4 bungkus lagi nasi goreng seafood, beli udang goreng tepung, ketam dan segala fish cake fish ball tu semua.

Naik boat pukul 10 gak baru gerak..susu bagai , roti, bahulu..semua angkut ke pulau. Ekeke.

Destinasi pertama adalah chicken island. Memang lawa dan airnya hijau. Cantikkkkkk. Owh ye, bila nak singgah mana2 4 pulau terdekat ni kena bayar 20 bath satu kepala rasanya. Memang ada pegawai dia yang kutip duit. Bila pulau pertama dah bayar tak payah dah nk bayar pulau yang kemudian tu
.

Lepas mandi manda tu kami gerak ke tengah laut dan snorkeling di laut dalam. Err tengok batu karang lawa2 memang teruja sangat. Ikan warna warni.. MasyaAllah.. Indahnya ciptaanMu Ya Allah!

Masa ni lah keadaan diri tak mengizinkan. Boat yang beralun buat kepala pening dan mual. Memang LM tak turun langsung snorkeling.. Huhu. Memang rasa nk tido je atau nak terus terjun laut tak timbul2. Memang rasa mabuk sangat time tu.

Anak2 ni kejap naik mintak makanan, kejap turun balik snorkeling.. Haishh




Lepas tu terus ke Poda Island. Di situ kami lepak memang lama, makan dan solat siap2 di sana.

Anak2 ni sempat lagi berkubang kat pantai tapi LM memang tak larat dah. Duduk je situ..

Lepas tu ke Phra Nang Cave..ada gua, boleh lepak situ. Mereka berkubang beria2 mandi manda LM duduk je dalam gua tu berehat sambil makan roti.. Hehe




Err entah berapa kali ganda imej ni mengembang.. Abaikan je lah ye. LM copy terus dari hp gmbr ni.





Nampak tak? Ni snap dari dalam gua tu. ops maksud LM dari pintu masuk gua. Memang LM lepak situ tak berganjak pun.

Kat pintu masuk gua yang satu lagi tu ada banyak replika penis. Pelbagai bentuk dan warna. Ramai berpusu-pusu snap gambar kat situ. Tak selera la LM nak gi ambik gambar situ kan.. Haha

Budak ni mandi sampai kecut jari tangan dan kaki. Ye lah kat gigi air tu banyak sangat anak ikan. Tu yang kemain seronok lagi dorang tu.

Deretan boat tu banyak je boat yang jual makanan.. Ada jus dan nasi goreng bagai. Ada dua tiga boat jugak lah yang jual makanan halal. Tapi.. Sebab omputeh pun sibuk nak beli kat boat halal maka tak jadiklah LM nk beli jagung bakar yang nampak sangat sedap tu! Sobss

Hujung pulau ni..ada beting pasir yang menyambungkan ke pulau depan dia. Boleh jalan kaki je nak gi pulau depan. Air dalam paras dada camtu . Bila air surut lagi lah senang nak gi kot. Tapi LM malas , baru separuh jalan patah balik. Letih sangat! P

Lepas tu gi pulau apa ek satu lagi tu tak ingat dah. Dorang je yang turun dari boat, LM dah takda tenaga. Duduk makan je dalam boat. Budak2 ni berenang san snorkeling kat tepi2 boat. Masing2 pun macam dah letih sangat, kejap je terus naik boat minta makanan. Lepas tu terus balik ...




Owh TIDAK!!
Ni gambar candid.

Nampak tak si kecik dan ibunya dah keletihan sampai tertido. Memang sangat letih, betis dah rasa lenguh giler. Apa yang diimpikan tercapai sudah. Tiada lagi mimpi krabi! Krabi!

Walau pun percutian ni ada lah anasir yang tak menyenangkan tapi cukup bust diri ni bersyukur sebab Allah bagi peluang melihat ciptaanNya yang cantik sungguh di krabi.

Amat berbaloi naik kereta 12 jam lebih akhirnya dapat sampai krabi jugak. Alhamdulullah..

Pulau.... Memang LM sangat suka ke pulau sejak pertama kali ke KK dulu terus jatuh hati. Kalau sebelum2 ni rasa pangkor dan langkawi tu best tapi bila ke KK rasa... KAGUM dan terus TERPUKAU!

Bila ke Tioman pun rasa makin terus jatuh cinta pada PULAU.. Tapi nak ke tioman azab sungguh. Nak kena naik feri berjam dgn anak lagi.. Dgn perangai orang mcm takda otak dalam feri tu yang tak reti duk diam, muntah berjemaah.. Mcm2 hal. Rasanya memang tak gi lagi kit TIOMAN tu.

KRABI? Memang tak sangka dapat pergi, lagi2 island.. Memang lagi lah rasa macam mimpi sangat.

Kami sampai dalam pukul tiga lebih. Dekat dua jam awal daripada masa yang sepatutnya.

Sampai je si kecij buat perangai takmo balik. Duk berzikir nak baik boat.. Nak baik boat..

Last2 pujuk ajak main kat swimming pool. LM memang dah lepak. Masuk bilij terus mandi segarkan badan. Siap mandi terus segar minda minta dapat tawaran encik Z nak hantar gi urut badan. Yeayyy!!!

Urut badan cuma rm25 je.. Sejam okey! Lega badan.. Tapi LM ambil yang urut dengan tiger balm tu so kena bayar rm30.

Alhamdulillah.. Segar semula badan..

Bersambung...
www.tips-fb.com

5 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rin xpnh lagi pegi pulau dgn family..pegi dgn keluarga masa belm kawen penahla..tp bestkan sbnrnya..segar je mata2..hahaha

Diana Rashid said...Reply To This Comment

satu sebab kenapa saya tak suka pi pulau..sebab saya ni mabuk laut..mabuk sampai tak bleh bangun..heheh

Abang Bear said...Reply To This Comment

I love Krabi... tapi sekejap sangat kat sana... kalau boleh nak lepak lama sikit...

Ct NoArizah Aris said...Reply To This Comment

Ermm lum ada pengalaman bercuti ke pulau lagi nak kena masuk dlm list holiday le macam ni.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Makin bertambah impian saya nak ke krabi nampaknya ni.. kagumla LM bawa aanak2 ke pulau. Saya risau nak ke Pangkor pun..takut payah nak kontrol anak kecil ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...