Tuesday, November 18, 2014

Mengantuk

Salam...

Hari ni hari mengantuk sedunia ke? Aduhh tak tau kenapa...sejak pagi cuaca mendung, badan pun sangat tak sihat. Terasa pinggang sangat sakit(macam sakit nak bersalin tu) macam rasa nak tercabut je :(

Hurmmm baru 6 bln setengah takda maknanya nak bersalin kan... Sobsss. Qila ada lawatan ke zoo negara hari ni , makanya pukul tujuh dah pergi ke sekolah. Lepas je dia pergi terus LM goreng bilis dan rendam cili sambil kosek beras nak buat nasi lemak untuk sarapan.

Ala.. Nasii lemak simple je pun.. Nasik lemk 20 minit katanya. Ehehe

Sebab yang beriya makan sambal kat rumah ni encik Z sorang makanya sambal pun buat semangkuk kecil je. Nasi pun tanak pakai microwave je tu yang 20 minit tu.

Sambil buat sambal, sambil potong timun dan goreng telur.. Lepas balik hantar qila kenalah encik Z tunggu 10 minit lagi sementata menanti nasi masak. Dua teguk la dulu air bancuhan madu sementara LM berkejar bancuhkan vico.

Lelaju sejukkan nasi bagi dia sarapan, LM pun cedok sikit sarapan sama.. Habis je nasi terus terbaring kat dapur. Sungguh!!!
Memang tak larat dah nak tahan SAKIT pinggang!!!

Terus lari masuk bilik baring terus sementara tu si kenit sibuk mandi. Main air kemain lagi si kenit tu.. Haishh

Entah sebab sakit ke atau sebab nasi lemak ke tak tau la.. Tapi mata ni sejak jam 12 tadi berat sesangat. Sampai terlelap2 dibuatnya.

Si kenit pun tumpang tido sekaki memandangkan takda ummi nak layan nyanyi dan membaca. Takda ummi nak layan dia mengaler.. Hihihi

Paling sadis.. Sedar2 je pukul 1 tengah hari. Hurmmm anak nak balik sekolah dah rupanya tapi ummi masih terbaring. Sakit pinggang.. Berat baby makin bertambah, rasa dah berat sampai pinggang ni rasa nak tercabut je. Ehehe

www.tips-fb.com

3 comments:

Tihara said...Reply To This Comment

haah lah, kat pahang pun mendung
terengganu dah banjir
cuaca memang sejuk n mengantuk
take care yea ^_^

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya baru baik dari sakit pinggang ni gara2 silap step ..nak bersenam konon nya ,cuba buat benda baru.sebab dah tak larat nak jogging...last2 sakit pinggang dekat seminggu...pengajaran nya tak yah nak ubah2 la..jogging je la macam selalu.tak gaduh sakit pingggang.hehehhe

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

dah makin sarat tu.. jaga diri ya LM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...