Monday, November 24, 2014

Pendaftaran Tadika

Salam...

Permulaan hari yang sangat slow hari ni. Perut masih terasa sisa sakit gastrik dari malam tadi sampai lah ke hari ini.

Sedar- sedar saja alarm berbunyi, encik Z dah ke balik dari surau baru LM mampu bangkit dari perbaringan. Solat dalam bilik saja lepas tu sambung semula tergolek sebelah si kecik.

Pukul 8 bila part time maid datang terlelap semula sampai 8:30 baru bangun. Kalut-kalit baru nak cuci baju yang dah dua hari tak berbasuh akibat busy dengan urusan sekolah anak- anak.

Dah janji dengan anak- anak lepas kak lin dorang tu balik baru kita keluar makan. Suruh sarapan cereal dulu. Tapi.. Anak dara sorang tu bersiap punyalah lama, makanya terpaksalah LM berkejar ke PASTI seorang diri dulu uruskan pendaftaran tadika untuk si kenit. Kena bayar awal sebab permohonan 4 tahun pada tahun hadapan sangat tinggi dan perdaftaran dah ditutup pun sebenarnya(mujur cikgu kenal muka yang tak pemes ni.. Bukan selalu sangat pun borak dengan cikgu2 )

Alhamdulillah lega bila dah booking, siap bayar sikit makanya memang adalah tempat untuk si kenit tu tahun depan.

Siap tu terus berkejar ambik anak-anak bawa makan. Ops, sampai kedai mamak dah hampir jam 12 tengah hari. LM order mee goreng buat alas perut, tapi habis di jamah 4 askar tu( lagi pun perut masih gastrik memang tak boleh makan).

Anak- anak ni walau dah masuk lunch hour tetap juga order roti canai dan tosei sebab belum sarapan... Hehehe.

Balik tu terus ke kedai cari kelapa, roti bagai.. Bla bla bla..

Ke cosway pula mencari kotak untuk isi buku-buku lama dan segala jus untuk stok minuman cuti sekolah ni.

Letih...

Balik- balik terperap dalam bilik menyusun buku-buku lama . Asingkan ikut kategori sambil agih- agihkan latihan buat mereka bertiga. Eh silap, mereka berempat, si kenit pun wajib menulis juga, kalau tak tak dapat sesuatu yang dah dijanjikan..

Makanya rela paksa terpaksalah mereka buat sambil ummi busy menyusun buku.

P/s: letih dengar bunyi dorang bergaduh, baik bagi mereka buat latihan daripada bercakaran.. Sobss
www.tips-fb.com

4 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Ginila kita kan..emak anak 4..tiap2 hari jd tarzan kot..hahahha

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Bila anak kecil, kita bingit dengan telatah mereka. Bila nanti mereka dewasa, kita akan rasa 'keseorangan' semula...

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

cuti sekolah ni lagi bingit dengar mereka bermain kaan LM.

Yus pagi lepas sarapan diorang mmg wajib buat homework yang yus bgi, 2 jam je, lepas dari tu mmg dah tak nak dah buatnya, main je....huhu.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya terus ikat dengan tali rafia, bungkus elok-elok dalam plastik dan sumbat bawah katil si Abang. Malas nak suruh dia buat ulangkaji. Kasi main je seminggu ni sampai penat. Lepas tu baru start buat exercise untuk tahun depan. Eh, tapi bukukerja belum beli lagi. Bolehlah Mommy pergi shopping kat kedai buku ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...