Monday, November 24, 2014

Permintaan Anak

Assalamualaikum...

Allahu Akbar..

Sungguh ! Memang terasa sangat letih hari ni. Kepala asik memikir part menyusun buku yang belum selesai tu..

Disebabkan bawa anak- anak sarapan hampir jam 12 tengah hari , makanya dalam perjalanan balik tu dah upah aiskrim dan bagitau mereka makan nasi nanti pukul 3-4 petang .

Sambil mengemas buku tadi memang dah rebus daging dan tulang lembu. Tak tau lagi nak masak sup tulang atau lauk daging. Tup- tup bila bagi tau si kakak si ummi nak masak daging goreng terus dia kata takmo.

Uik.. LM selalu je tengok orang buat menu daging goreng kunyit. Walau pun tak pernah buat tapi pernah la makan kalau beli nasi kerabu tu. tak sangka pula dia terus tak terliur.. Hai la kakak!

Dia minta sambal kentang yang ada bilis tu.. Yang ada tempe tu! Yang ada kacang tu. ohoho... Itu yang dia minta? Sobss

Dah la si ummi ni gastrik, tak mampu berdiri lama menggoreng itu ini. Dia terus ke dapur kupas kentang, hiris tempe..( ye la, semalam dan kelmarin kan baru gi motivasi anjuran doktor tengku ismadi.. Insaf la kot bab-bab membantu ummi di rumah ni).

Bila si anak dah kupas kentang, ku gagahi juga kaki ni berdiri menggoreng kentang, kacang, tempe, dan kemudian bawang goreng dan akhir sekali bilis. Buatkan sambal seperti yang dia minta. Alhamdulillah bertambah- tambah dia dan adik- adiknya makan.

Ummi? Err masih juga tak berani makan. Telan roti je dulu sebab perut masih tak baik lagi. Risau nanti jika masuk nasi akan bertambah teruk gastrik sebab nasi kan terlalu berat..

P/s: kali terakhir bonda hamil masa umurku 15 tahun. Masa tu walau besar masih tak mengerti perit jerih ibu hamil. Bergenang air mata bila anak2 tolong itu dan ini meringankan beban, adakah dulu daku juga membantu bonda sebaik mungkin? Rasanya macam takda je... Sobss

P/s2:mungkin ARAHAN bonda agar daku belajar memasak dulu tu permintaan bonda agar meringankan bebannya di dapur. Sambil belajar mengenal rempah ratus, cara memotong sayur, cara menumis .. Ia menjadi pelajaran memasak buatku dan juga secara tak langsung meringankan beban bonda yang sarat hamil ketika itu. Bonda dalam pantang seminggu daku ponteng urus makan minum sekeluarga kerana bonda duduk di wad lama sebab adik bongsu jaundis..

P/s3: malas- malas pun 15 tahun dah reti memasak. Sedap tak sedap belakang cerita. Bak kata bonda, kalau malas pun kena tau juga, jangan sampai tak tau apa nak letak rencah buat sambal. Apa nak letak untuk masak sayur:) TQ bonda...



www.tips-fb.com

3 comments:

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

alahai LM dengan perut makin besar, gastrik pula, harap terus kuat ya LM.

Alhamdulillah bila dia teringin memang selalunya rajin membantu, anak2 yus macam tulah, kalau dia nak, ligat je tolong buat...◕‿◕

Nur Inani said...Reply To This Comment

rajin ummi ni masak untuk tunaikan permintaan anak :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Nasib baik kena paksa memasak. Kalau tidak, sampai la ni tak tahu masak. Itulah kena sayang mak, kan... Hahaha. Pandainya! Saya sendiri tak pernah turun ke dapur masak kecil dulu sebab kakak ramai. Tau dipanggil untuk makan berhidang je kerjanya. Nasiblah kenal juga segala rempah ratus dan nak masak camna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...