Monday, November 17, 2014

Roti Manis Dan Pedas


Salam...

Petang semalam hujan lebat makanya perut anak- anak sentiasa lapar, mata ummi sentiasa layu.

Ikut kan hati mau saja bergulung dalam selimut melayan mata mengantuk tu tapi kepala sentiasa duk fikir roti.. Roti..

Bangun terus dan uli tepung. Macam biasa, buat tak banyak pun takat 600 gram saja. Biasanya banyak tu boleh la dua hari buat stok rotinya tapi ternyata semalam hampir habis di makan oleh mereka.



Ini roti pedas inti sosej dan crabstick. Letak sos dan mayo tabur parsley kering sikit. Satu tray tu buat inti buttercream.

LM tepek resepi mudah ni kat sini. Mana tau ada yang berminat nak buat. Kalau takmo banyak boleh buat 1/2 adunan saja

600 gram tepung roti
80 gram gula
50 gram butter
30 gram shortening
5 gram garam
3 sudu besar susu tepung full cream
2 sudu besar susu manis
1 telur saiz A
225 ml air
8 gram yis
120gram water roux(boleh google cara nak buat)

Campurkan semuanya dan uli 20-30
Minit. Biarkan 10 minit dan boleh bentukkan. Biar kembang dua kali ganda dalam 40 minit dan bakar 180 degree selama 20-25 minit

Selamat mencuba.

Jika mahu roti pandan boleh letak paste pandan dan air tu boleh gantikan dengan bancuhan santan segera

Jika mahu roti coklat boleh tambah perisa coklat atau serbuk koko.

Moga resepi ni dapat menguatkan semangat kalian untuk menyediakan roti yang sedap dan bersih lagi halal untuk keluarga tersayang..

www.tips-fb.com

4 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

Tq Lm resepi sini, jemu makn nasi boleh makn roti malam ni...harap kerajinan datang..

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

rajin LM meroti.. saya dah lama tak meroti.. sian anak2 duk menuntut je.. hehe

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya dah lama tak buat roti..anak2 saya ni lebih suka kek,biskut berbanding roti..awal2 dulu diaorang makan jugk.sekarang dah jemu kot.kadang2 saya buat bagi kat jiran2 je..la ni tak buat la dah..malas dah..hhehe

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sedapnya tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...