Wednesday, November 26, 2014

Sayangnya Nasi

Assalamualaikum..

Zuhur je terus hujan.. Kain pun tak sempat kering.. Sobsss

Hari ni tak masak apa sangat untuk lunch. Tadi encik Z sah beli sarapan berat dan kebetulan nasi malam tadi tak terusik sebab ayahnya dah beli nasi lemak daun pisang.

"Sayangnya nasi ni, esok ummi buat nasi goreng je la" adik ad jenguk periuk sebelum masuk tidur.

Terus saja LM masukkan nasi dalam peti sejuk . Pagi tadi nak goreng memang la tak larat. Huhu..

Bila tengah hari terus tanya nak masak nasi goreng ayam ke? Sotong ke? Ramai-ramai pakat jawab sotong.

Okey la.. Tung tang tung tang .. Siap!

Petang sikit la baru masak lauk. Malas nak fikir lagi. Busy mengemas almari baju anak- anak buat diri malas nak duduk dapur lama sangat:)

Korang makan apa lunch tadi?
www.tips-fb.com

3 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

Tak mkn sb hujan, tak dpt turun

Sedapnya nasik goreng sotong

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

tak baik membazir kan.. mmg pantang suami saya kalau makanan terbuang.. alhamdulillah dah selamat jadi nasi goreng.. hehe

Diana Rashid said...Reply To This Comment

nasik goreng kalau bubuh sotong sedap la..kan?/tapi kalau yang ada migrain tu jangan la cuba2 makan sotong.sotong rasanya lebih kuat dari udang..saya masa muda remaja dulu pantang sotong lama jugak la sebab mudah migrain..sekarang je makan sampai tak ingat dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...