Monday, November 10, 2014

Sikit- Sikit

Salam...

Beberapa hari lepas hujab sepanjang hari membuatkan baju diampaian tak kering. Baju yang dibasuh dua bakul kemudiannya tu terus tak dapat disidai. Kenalah cuci semula..

Semalam elok panas terik maraton mengeringkan baju. Err bila dah kering bergunung pula kain nak dilipat. Dengan permulaan minggu memang rasa down tengok kain menimbun..

Sobsss, bak kata kakzakie perlahan-lahan buat. Mak pun cakap buat sikit-sikit.. Nanti siaplah.

Hurmm tadi letih melipat bangun pula menggosok baju sekolah. Dah letih berdiri menggosok duduk pula sambung melipat baju.

Alhamdulillah menyusut lah tingginya kain yang menggunung tadi, tapi.. Bila dah zohor angkat kain diampaian down balik perasaan ni. Tinggi semula gunung sahara!

Betul la.. Memang tak pernah habis kerja rumah ni:(

LM tak pernah suruh anak lipat baju. Hasilnya lambat dan sangat menyakitkan mata. Macam rupa apa je hasil lipatannya. Lambat pun takpa janji puas hati....
www.tips-fb.com

5 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya punya kain baju semua pakai hanger je miza..kalau kain2 batik ke,kain tuala ke,atau yang besar2 tu baru saya lipat..ringan sikit kerja..kalau tak memang bertimbun la..

MizzTina said...Reply To This Comment

hehehe..sbr kak.. pastu jgn pksa diri buat keje..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Macammana pun kena ajar anak-anak tu dik. Tunjuk caranya. Ulang-ulang pun tak apa. Masing-masing kena lipat baju sendiri (ikut cara kakak). Nanti lama-lama kalau dah biasa dia tahu lipat dan susun cantik.. tapi yelah anak kakak semua perempuan. Tapi LM boleh cuba cuma kena sabarlah sikit...

Leyha said...Reply To This Comment

Begitulah rutin kak.. Memang kain sentiasa bergunung hehe. Kalau kat rumah sy dan mak bergilir-gilir melipat. Tu pun masih ada berbukit la. apa boleh buat dah dipakai setiap hari :)

Mila Hilas said...Reply To This Comment

haha sy pn sm kak...ad 2 bakul blm lipat..mlsnyaaaaaaa..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...