Thursday, December 18, 2014

Air Ketuban Bocor

Assalamualaikum...
Syukur...dah lebih 30 minggu kehamilan ini. Ramai yang kata kuatnya LM! Anda silap. Saya tak kuat, masak pun banyak duduk . Sidai baju pun sambil duduk, anak2 yang sangkutkan di ampaian..tang mana kuatnya? Yang kuat cuma semangat saja.

Selagi ada degup jantung, selagi tangan boleh angkat akan ku seret kaki ke mana saja untuk urus anak2 ni.

Kereta auto, gate pun auto. So apa lah yang susah ! Tu yang daku semat di dalam minda dalam2. Dah masuk kereta anak yang kunci rumah. Takkan nak terbaring tunggu saat bersalin pula kan..

Owh ye, menjawab soalan cikgu AN "apa yang basah ?"

Sebenarnya sejak anak kedua lagi LM ni memang dah biasa bocor air ketuban. Dia keluar sikit2. Kena lebih prihatin agar air ketuban tak kering. Masa anak ke dua dulu tak tau. Bila pergi je klinik bersalin masa tu air ketuban dah kering. Anak kedua lahir dua minggu awal dari due. Memang terasa basah tapi sebab tak sakit dan tak basah lencun macam pecah ketuban tu maka LM diamkan saja. Lagi pun sape la yang nak serah diri gi beranak kalau tak sakit kan? Hehe. Last2, kena induce, doc paksa sebab dia takut baby lemas.

Anak ke 3 pun macam tu juga. 34 minggu dah bocor ketuban. Keluar air sikit2, jenuh tukar pad last2 ke spiral juga. Ops lewat ke spital akhirnya baby dah jangkitan kuman. Lepas lahir baby kena duk inkubator lama, muka badan dia penuh macam jerawat, tangan dan kuku biru macam sakit jantung je baby ku tau. Sobsss

Tak sudah dengan tu baby pra matang memang payah nak jaga. Jaundis sampai dua bulan baru baik. Kena kuat semangat !

Anak ke tiga.. Lahir hampir sebulan juga awal. Tup2 ketuban pecah masa cuci lantai luar rumah.


Makanya... Sebab urusan persekolahan anak2 tak siap lagi, mahu tak mahu ,kuat ke tak perlu juga urus agar segalanya tak terjejas kalau lah dalam dua minggu ni LM terbersalin. Ahaksss ayat TERBERSALIN tu macam best je.

Apa pun kelengkapan baby tak basuh lagi. Kelengkapan bersalin tak lengkap juga sebenarnya. Takpe.. Slow2 siapkan sebelum balik kampung 25 hb ni..

Kadang kala kita tak kuat tapi mereka disekeliling kita buat kita kuat. InsyaAllah.
www.tips-fb.com

3 comments:

nor isneini mohd ayob said...Reply To This Comment

Salam..boleh tau macam mana air ketuban tu? coz kerap jgk keluar air sikit2 & pagi tadi macam ade air keluar tapi sikit je la..macam melekit ke? sebab 1st pregnancy ni dah 27 weeks..huhu..risau pulak..dah la orang cakap perut kecik..takut perut kecik sebab air ketuban sikit.. T_T

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

ooo, ini kesnya. sebenarnya saya ada syak juga kt kes air ketuban, tapi saya tak pernah alami sendiri jadi itu yang bertanya, nak tahu lebih jelas.. terima kasih berkongsi kisah kat sini..

apa apa pun kena sentiasa jaga diri ya. betul juga kata LM, kena kuatkan diri demi anak2 yang ada, nak tak nak kena buat juga.. tapi lebih hati hati ya. moga selamat semuanya hingga ke hari bersalin nanti...

Cik Puan Eka said...Reply To This Comment

sy 28 weeks. kene kuat semangat jugak. Masih larat lagi bawak moto gi keje. Memandangkan suami jauh, sorang2 kat sini. Mak ayah pun jauh. memang kene berdikari le jawabnya.

memang betul. Kadang2 org sekeliling yg buat kita lagi kuat.Alhamdulillah opismet,jiran sgt amik berat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...