Wednesday, December 3, 2014

Aktiviti Wajib-Swimming


Assalamualaikum..

Dah namanya ibu, bebel macam mana pun tetap juga cair hati ni kalau anak merayu nak ke swimming pool ye tak?

Padahal memang lah dah cakap tak larat nak layan dorang ke kolam .. Tapi nak tak nak memandangkan itu antara aktiviti wajib dorang melepaskan gian nak swimming terpaksa lah LM mengalah. Ye la.. Kat malaysia ni duk rumah sendirik mana ada kolam renang. Dulu kat obersi duk compound tiap hari berkubang kat kolam tu pun takpa.

Kami di tingkat 18, kolam renang di tingkat 5. Menanti lift je dah berapa minit nak turun naik tu.. Sobsss .. Ummi memang dah rasa nak terbersalin je turun naik tau:(

Bila dah sampai sana... Si kecil berdua tu duduk la kat kolam kecil (sbb qila belum pandai swimming lagi)

Budak besar berdua ni duk berlumba renang ke sana sini dengan gembiranya. Yang tak gembira siapa? Haha... Sah la ummi yang duduk kat tepi kolam tu.



"Nape ummi takmo swimming, rugi je bawak baju" ecehhh ayat budak-budak ni.

Ummi dia ni malas la nak bersejuk2.. Lagi pun risau juga kuman banyak ke apa ke dalam air tu. nanti dapat penyakit lagi susah. Lelaki dan perempuan kan lain.. Bila berendam tu rasa macam x selamat sangat je. Risau air ada kuman masuk kat mana2 kawasan.. Ehehe.. Alasan tak boleh blah. Ye tak?



www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahha..kalau saya pulak awal2 je kata.."tak mau la.."
tapi tunggu lama sikit memmang ibu lebih dasyat dari anak..hahhaah

Echa H. said...Reply To This Comment

sekarang sy mcm tak berani dah mandi kolam. takotttt huhuhu

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

waaah pandai nya depa berenang...best je nampak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...