Tuesday, December 16, 2014

Banana Pancake Nutella


Assalamualaikum...

Weee...

Akibat baby dalam perut ni minta nak makan banana pancake macam kat krabi tu makanya terpaksalah ke krabi lelaju. Eh!! Ke kedai mamak lelaju.

Ehem.. Kedai ni memang roti canai dia paling sedap di tekak daku. Ops ada kedai melayu satu tu sedap dan sama rasa juga tapi tak pergi dah sebab kotor kedai tu.

Okey.. Cerita bab banana pancake ni, memang sentap sebab ada sikit gangguan bila nak melahap pancake ni bebanyak kat krabi aritu. Makanya pulang ke tanah air dengan rasa kecewa sebab cari kat hatyai pun takda dah jual pancake banana nutella ni. Ada curah susu manis aje.. Sobss

Alkisah... Manalah ada jual pancake camni kat kedai mamak. Tapi!!!

Kita buat dia kan..




Tara!!!!

Sedap..

Siap bawak nutella letak dalam handbag. Kui kui kui..

Mudah je. Order roti pisang. Mintak potong kecik2. Mamak angguk2 paham. Then bola dapat bukak handbag terus tepek nutella.

Abaikan mata yang memandang perbuatan menepek nutella tu. aku bayar okey!! Pedulik apa kan? Wahaha

Sedap giler. Rasanya tahun depan mamak ni jual gak banana pancake nutella ni kot sebab dia duk perhati je LM tepek nutella bila order roti pisang. Ekeke..

Jimat la jugak. Kat krabi rm4 sekeping. Ops tapi kebanyakan kedai jual rm4.50 dan rm5 sekeping. Tapi.. Kedai mamak baru rm2.50.. Nutella baru satu sudu besar, angkut dari rumah. Ehehe..

Gigih ibu hamil penuhi permintaan anak tekak kan.. Lalala.. Malas nak fikir banyak. Dulu rasa malu juga nak buat gitu tapi memandangkan memang tak boleh bungkus sebab sedap makan rangup2, panas2.. Maka.. Buat je lah janji bahagia.

Ada yang pandang tak berkelip. Ada yang berkerut dahi.. Ada aku kesah? Makan sendiri bayar. Ye tak?

Siapa yang pernah makan banana pancake di krabi mesti tau kenapa LM sangat giler kan makanan ni. Ops ni bagi peminat coklat je la kot. Tekak dan selera masing2.. Mana sama.

www.tips-fb.com

7 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

hahaha.. lepas ni mesti ada yang buat jugak.. menarik jugak.. saya nak cuba la nanti..hihik

sud@is said...Reply To This Comment

Assalam Lm macam sama plak rsepi banana pankek, ops lain sket disana ada cheese..hehehe..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mesti lepas tu ada yang nak cuba buat dan makan juga.... :)

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

whoa... siap bawak nutella dalam handbag memang hebatt..! hikhikhik.. :))

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

jom join GA dari UmmiIrfan :))

Hanim Mahali said...Reply To This Comment

Wah ! Memang gigih sangat. Tabik spring la kat akak... Kalau saya mahu malu segan silu nak buat macam tu.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Bukan selalau ada pelanggan gitu.. agaknya orang yang memandang tu pun terliur tengok cara LM makan, itu yang terus memandang je.. bila dah terasa nak makan ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...