Wednesday, December 31, 2014

Buat Hal-Part Time Maid

Salam...

Haihh haihh dah la badan tak sihat, part time maid buat hal memang meroyan la kan..

Selama ni dia nak datang ikut suka petang ke pagi ke LM boleh telan lagi selain main ngelat kerja buat sambil lewa. Minggu lepas isnin pagi tak datang.. Petang daku tinggalkan terus, malas nak tunggu. Memang dia tak datang pun petang tu..

Call bagi tau dia rabu takyah datang sebab nak balik kampung, datang saja minggu ni. Tapi isnin pagi sampai petang tetap tak nampak bayang. Malas la LM nak call sebab dah sakit jiwa nak melayan kerenah dia dah. Hari ni tetap tak datang.. Haiya...

Last2 daku sendiri yang menyapu dan vacum rumah. Gilir2 dengan adik ad, si kakak pula mengemop dan paksa sental bilik mandi dia..hurmm.. Siap pun!

Benci lah nak cakap banyak, tapi bila tak cakap terus sakit jiwa. Badan bukan larat sangat pun nak mencangkung sental bilik mandi tapi kena buat juga sebab yang ditunggu tak kunjung tiba.

Last2 encik Z dah angin suruh call bagi tau tak yah datang lagi. Erk??? Sampai sekarang masih tak call lagi, tak reti nak cakap camne.

Bukan lama sangat pun kerja dia pun.. 3 jam je sekali datang. Tiga kali seminggu. Tapi takpelah, mungkin Allah nak beri yang lebih baik atau Allah nak beri pahala lebih bila buat kerja dalam keadaan sarat dan pening2 lalat gini kot..

Demam sampai sejuk kaki.. Kalau boleh takmo turun katil. Bahaya ke demam bila dah sarat? Bahaya .... Macam kata diana bienda pun demam .. Ops apa cerita? Nak baca gak kisah bienda.. Nnt nak google.

Tapi pengalaman yang lalu, demam macam ni dan bocor ketuban 4 hari terus air ketuban makin susut dan baby jangkitan kuman. Masa tu 34 minggu hamilkan qila. Sebab tu lah qila lahir awal..2.2kg je lahirnya:)

Hari ni panas terik, meroyan marah pun hati ceria sebab seronok nak jemur segala kain dan cadar serta selimut bagai.. Moga panas hingga ke petang, amin.

www.tips-fb.com

1 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Alah..sms je..cakap lepas ni tak payah datang ye..saya dah ambik orang lain..terima kasih sebab bantu selama ni..

ha..buat ayat gitu..copy cepat dan hantar terus ..

heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...