Wednesday, December 3, 2014

Hari Ke-3 (Miri)


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, masuk hari ke 3 berada di bumi miri. Keadaan diri rasa macam tak larat je. Letih dan sakit pinggang yang teramat sangat.

Rutin pagi, macam biasa bawa anak- anak pergi sarapan dulu lepas tu terus melayan kerenah mereka buat latihan, layan makan minum bagai..

Oleh kerana nak stay lama kat sini maka LM pilih nak duduk apartment berbanding hotel berbintang2 sebab boleh masak dan mencuci baju. Luas ada dua bilik tak la anak2 boring.



"Ehem.. Saya syafiq"..

Si kenit ni dah masuk tiga tahun pun.. Lama tak tepek gambar anak2 sampai kalian tak cam syafiq dan abangnya.

Bawah hotel ni ada supermarket, segala lauk pauk memang beli bawah ni saja. LM simple2 saja.. Janji tak perlu keluar ke kedai pagi petang cari makanan. Letih ooo nak bawak perut ni turun naik hotel.. Sobsss

Walau pun dah sarapan kat cafe hotel ni sampai tahap kenyang giler tapi anak-anak ni tetap juga nak lunch dan minum petang. Lepas maghrib LM bagi mereka makan.. So kalau nak keluar pun malam dengan encik Z.. Tu pun cari yang ringan- ringan saja. Tak makan berat sebab dah makan juadah masakan ummi.

Ehem.. Apa lah sangat juadah simple ummi kan?

Untuk semalam, lunch tu LM masakkan nasi goreng ayam untuk mereka. Untuk makan malam pula masakkan ayam masak kicap bercili(versi pedas) dan sayur pucuk paku goreng.

Lunch hari ni plan nak buat bubur nasi saja untuk mereka, lawan dengan sambal kentang dan tempe , sambal kangkung dan ayam goreng kot..

11 hari di sini, harap2 sentiasa sihat dan larat nak layan kerenah anak-anak yang sehari sampai dua kali nak berendam di swimming pool tu.

www.tips-fb.com

1 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

pucuk paku goreng.. nyummmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...