Tuesday, December 9, 2014

Kek Sarawak- Kedai Siti Payung


Assalamualaikum...

Kali kedua LM ke Miri, baru kali ni jumpa kedai siti payung yang kawan encik Z bagi tau dulu.

Kawan encik Z ada hidangkan aneka kek lapis sarawak masa raya dulu. Memang sedap sangat rasa kek yang dihidang. Bila kami datang ke miri kali pertama dulu duk mencari kedai ni tak jumpa la pulak.

Haritu duk memusing cari nasi lalapan terjunpa kedai siti payung ni.

Wahhh banyak gambar artis dan pak menteri duk singgah kedai mereka ni. Patut lah rasa keknya sangat moist, sedap..




Sepotong rm20.. Untuk makan sekeluarga kira okey la. tapi kalau nak sedekah bagi sekampung mau botak kepala. Ehehe..







Saiz sebenar ...

Hampir separuh dari saiz kek lapis yg biasa dijual di pasar2 malam dengan harga rm15-18 tu. tapi rasanya sah2 la jauh berbeza. Yang dijual di pasar malam tu pakai marjerin timbang saja..
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mak suka Miri...

bandarnya bersih sewaktu mak pergi dulu. Masih bersihkah sekarang?

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kek sarawak ni kalau buat sendiri baru berbaloi. Kalau beli memang mahal.. tapi sedap:)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

LM pernah buat kek lapis ??lepas pantang nanti jom kita buat.nak tak??.heheh..saya tak pernah buat pun..nampak macam leceh..jeheheh

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

masa kat madinah dulu ni tiap kali lepas cuti mesti dapat makan kek lapis sarawak. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...