Monday, December 22, 2014

Maternity Pads Dan Nursing Pads

Assalamualaikum..




Petang ni shopping lagi.. Menyiapkan kelengkapan yang tak siap-siap.

Awal juga keluar seret anak2 .. Pukul 1 lebih dah keluar. Kononnya nanti lepas beli barang baru ke kfc sebab tadi dorang dah makan nasi goreng daging.

Maternity pads.. Err rasanya ini kali pertama beli. Bersalin empat yang dulu pakai pad biasa je. Pad yang ni biasanya dapat free je dari hospital. Tu pun tak pakai. Tapi.. Entah, buang tebiat apa ntah kali ni beriya beli maternity pads ni.. Hehe(padahal takda wing lagi masalah takut bocor. Kalau lepas bersalin dan sepanjang kat wad nurse yang pakaikan dan tukarkan.. Siap ada tali bagai.. Haishh tak tau la jenis apa tu)

Haaaa nursing pads. Tu memang wajib ada. Kali ni LM beli jenama bodoh2 je tollyjoy. Murah je rm6.90 sepasang. Beli tiga pasang je. Sebelum ni beli brand anakku ada la beberapa pasang( nanti balik segamat boleh ambik.. Tertinggal sana)

Tanpa nursing pads ni rasa takut nak keluar pun ye juga. Tak selesa pun ye juga. Fungsi nursing pad ni adalah untuk elak bra dan baju kita basah akibat aliran susu ibu yang laju macam air terjun tu.. Ekeke

Hanyir ooo kalau air susu kena baju. Daripada nak kena tukar baju banyak kali baik tukar nursing pad 5-6 kali sehari pun takpa.

Lengkap dah kot .. Cuma jamu saja yang belum beli. Sehari dua ni kerja LM asik mencuci baju baby je lah. Semalam belek baju syafiq mak aihhh sebakul baju newborn. Banyak giler!!!.

Kalau nak kira baju baby baru beli 4 pasang. Konon takmo membazir. Tengok baju syafiq yang baru macam tak pakai tu pun banyak. Rasanya malas dah beli baju baby .. Nanti habis pantang baru beli lagi untuk bawa jalan2 ...

Harapan: moga balik kampung ni tak turun air, risau la jugak. Takut sangat bersalin baby pramatang lagi. Apa pun beg baby memang kena masuk bonet juga. Pecah ketuban je terus pecut ke puchong. Huhu

P/s: doakan LM kuat.. Entah kenapa hati ni masih degil takmo g scan , padahal dah berapa hari terasa air ketuban ni macam keluar sikit2.. Leaking ketuban lagi ke? Arghhhhh!!





www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ayoooo kak. leaking ke? tlong jgn buat main kak. kesian baby nanti kalau leaking. pegi la scan pleaseeeeeeeee *rayu ni rayu*

maternity pads yang ada tali tu brand kotex. dah pernah pakai. tapi lebih selesa pakai pad biasa yang ada wing tu je hihihihi

breast pad tu tak suka pakai. tak selesa. dia jadi cam mana ntah. sama la brand tolly joy gak rasanya

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Bukan takat hanir je..melekit2 rasa tu yang tak best nya..
malu orang tengok pun ye..hehehe..

Masa ank pertama pun tak tahu pakai pad..sebab kat hospital nurse yang pakaikan.balik rumah jenuh la dok tanya mak,belajar pakai pad tali..last2 mak kata pakai je la macam biasa..dah pakai seluar dalam pad tak kan jatuh punya ..katanya..heheh...tapi anak kedua saya tau la dah nak guna pad yang ada tali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...