Wednesday, December 31, 2014

Mentari - Sekadar Keringkan Kain.

Assalamualaikum..

Sejak pagi mentari muncul dengan terik sekali. Walau tak sihat tapi memandangkan bibik tak mai hari ni tetap daku kerah tenaga yang ada untuk membersihkan rumah dan mencuci selimut dan kain serta cadar.

Syukur kain yang dijemur semuanya kering. Membersihkan kabinet bawah sinki yang euwww..(bibik indon pun tak rela nak bersihkan). Paip kat sinki dapur bocor, air meleleh sampai bertakung bawah sinki. Bawangkan.. Segala macam azimat dalam tu basah lencun. Huwaaaaa

Berpeluh2 akak demam ni membersihkan tau! Grrr kena mintak upah kat encik z pizza saiz besar nih!! Ekeke

Petang ni dah gelap cuaca di luar. Nampaknya segala aktiviti buang botol kosong, bekas plastik kena dihentikan sebab dah nak hujan sangat dah. Mana bekas plastik tipuware bagai tu buang je lah, tak sanggup nak kumpul bawah sinki dah. Bukan pakai pun.. Huhu..

Bekas plastik, botol kaca tu kumpul kat luar dulu nanti boleh bagi bibik ton( makcik indon yang kerap tolong kami carikkan part time maid ) untuk di jual. Kalau dah kumpul elok2 mudah dia nak jual nanti.

Demam menjadi- jadi bila dah petang. Sah, badan ni mengada2 je kan.. Buat kerja sikit dah minta rehat. Baru 32 minggu, nak ikutkan boleh berlari keliling padang lagi kot. Ehehe..

P/s: kalau tak larat macam mana pun bila rumah tak berkemas memang tak boleh nak pandang je kan?

P/s2: err belum masak lagi ni:(
www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Betull..bertambah demam kalau rumah bersepah..nak tak nak kena bangun buat jugak..nak harap kat siapa agi..dah mata kita yang sakit nya..heheeh

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Buat pelan2. Jangan paksa badan tu.

Alhamdulillah, semalam dan hari ini tak perlu cari pengering di kedai dobi layan diri untuk keringkan pakaian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...