Tuesday, December 23, 2014

Pancake Buttermilk


Assalamualaikum...

Hari ni rasanya hari malas sedunia. Memang tak larat nak bangun, terasa berat betul badan ni:(

Sarapan? Huhu memang tak larat nak buat sarapan berat untuk anak2 ni. Lagi pun dah lewat.. Dah nak masuk time lunch dah pun. Maka... Yang terlintas di fikiran cuma pancake saja lah..



Ringkas.. Cicah madu.. Omnom nom nom..

Resepi campak2 saja..

Bahan:

250 ml susu + 1 sudu besar cuka( homemade buttermilk)
2 cwn tepung gandum
11/2 sudu besar butter
2 biji telur( masukkan yang kuning dan kemudian pukul bahagian putih hingga gebu baru campurkan)
1/2 sudu besar serbuk penaik
Secubit garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar madu

Campur semua bahan . Jika agak prkat blh tambah dua sudu besar susu segar atau air lagi. Biarkan 10 minit baru goreng atas kuali non stick

Terserah.. Suka makan dengan madu atau sos coklat.. Atau bersama butter dan parutan keju.

www.tips-fb.com

2 comments:

Nur Inani said...Reply To This Comment

musim hujan ni memang sedap makan pancake :)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Anak teruna saya suka ni..tapi dia makan kosong gitu je...siap dengan secawan koko suam..memang habis la..lepas tu mula sembelit..heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...