Friday, December 19, 2014

Persiapan Bersalin- Baju Baby


Assalamualaikum..

Salam jumaat buat semua.

Eh dah jumaat? Glurpp..

Hari ni nampak mendung. Tapi rasanya dah boleh cuci baju baby yang dibeli tempoh hari. Risau busy minggu depan tak sempat nak cuci sebelum pulang cuti ke kampung. Dah wajib bawa beg ke hulu ke hilir memandangkan dah lebih 30 minggu hamil ni.

Selain menghadiri majlis perkahwinan anak sedara encik z sebenarnya balik kampung ni matlamatnya nak lawat mak ayah yang dirindu disamping lawat rumah yang lama tak kami jenguk.. Sejak buat homestay ni lagi lah jarang balik.. Sobss

Selain tu matlamatnya nak cari baju sekolah anak dan beg di segamat saja.. Mudah dan lebih berkualiti kainnya. Di sana kan banyak kedai kemboja. Boleh la dapat kain elok sikit untuk baju kurung anak2.



Sambar 4 pasang saja baju baby. Rasa macam cukup dah kot banyak ni sebab baju syafiq sangat lah banyak. Rasa rugi pula kalau tak pakai..

Sepasang baju baby dah dekat 50 hengget gak kan.. Ye la, kalau dah jual baju dan seluar asing2, sehelai 20 lebih lak tu..

Memandangkan ini anak ke lima , entah ada lagi baby lain ke tidak lepas ni makanya tak perlu membazir beli banyak- banyak sebab takut nanti buang je baju ni takda sape nak pakai. Huhu

Baju baby takat pakai sebulan je pun. Nanti lepas pantang dah tukar saiz lain. LM ni takut2 nak beli saiz baju. Ye la dulu masa anak pertama dan kedua beli saiz newborn anak lahir 3 kilo dan 3.2 kg dengan rangka besar kejap sangat dah tak muat pakai sebab bila sebulan berat dia dah naik ke 5.2 kg.. Dua bulan dah jadik 6 kilo.. Camne nak muat kan..

Tapi bila anak ke tiga dan keempat dulu beli saiz besar sikit gedoboh pula pakai sebab anak lahir kecil tak cukup bulan. Lagir 2.2 kg dibagi pakai baju saiz 3-6 bulan memang la nampak kelakar.. Luas leher baju tu. ekeke

Kali ni beli baju saiz newborn je sebab takut bersalin awal sebulan dari due juga. Kalau tak cukup nanti sopink la lagi, bukan kena merentas hutan menyeberang sungai pun kan...

Apa yang pasti kena ada beg siap2 masa nak balik kampung sebab takmo jadi macam bersalinkan qila sehelai sepinggang dari segamat ke spital di kuantan . Kena tunggu encik z balik ganu ambik baju pula kemudian.. Huk3..

www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betullah kena siap-siap awal sebab masa berjalan tak sangka apa lagi dan masuk 30 minggu. Anak ke5 lagilah mudah nak deliver...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Pi mana 2 kena bawak la beg baju tu..saya masa perut dah 7 bulan ,baju baby dah memang sedia tinggal je dalam beg letak dalam kereta..takut terbesalin hehehe..

*takut tak nak bersalin ^_^
heheh

sud@is said...Reply To This Comment

Bagus tu LM bersiap awal nnt tak kelam kabut....selamt bersalin LM moga dipermudahkan urusan

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan kak. baju dorang ni bukan boleh beli banyak2 sekali. nanti pakai kejap je. pakai tiga empat kali dah tak boleh pakai pulak sobssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...