Tuesday, December 16, 2014

Pizza Untuk Makan Malam


Assalamualaikum...

Al kisah semalam ikut ayahnya main bowling. Gigih ikut sebab ayah budak2 ni ajak sopink baju baby. Maka.. Ku seret juga kaki yang berat ini. Ku bawa juga pewut yang beso ini. Hehe..

Sebelum sopink terjah popular dulu beli novel( i kan dah lama tak beli novel). Lepas tu baru nak belek baju baby..

Arghhh i is tak suke g ioi mall puchong sebab malas nak jalan jauh. Penat wehh!!

I kan cepat pitam. Bila jalan jauh mula lah pening2..lelaju pilih apa yang berkenan. Lepas tu turun bawah konon nak beli kepci.. Ops dah beratur dgn perut lapar ayam lak abes. Kena tunggu 15 minit. What?? Rasa nak geget je pekerja tu. boleh? Haha.

Sebab dah pukul 10 malam, orang dah mula tutup kedai maka LM angkut je anak2 semula keluar dari kepci. Bencik tau!!

Kakak kata tu mekdi. Dengan muka sedih daku tatap wajah anak. sobsss lapar kan? huhu.. "ala.. boikot.. lupa pulak" bila dia cakap gitu terus kami jalan lagi. "pizza.. Mkn pizza je la." dia teruja.. Lepas tu dia kata.. Ala.. Tak boleh makan situ kan?..

Sebab dah lewat, makanya LM kata jom je lah naik kat tempat bowling tu. makan je roti tadi. Memang LM bawakan bekal roti yang LM buat petang semalam.

Sebab nak balas dendam tak makan pizza semalam, petang tadi LM buat kelas pizza untuk si kakak..



Dapatlah buat untuk dinner dorang malam ni.

Tak la lawa hasilnya. Air tangan budak 11 tahun. Tapi rasanya memang umphh
www.tips-fb.com

1 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Disebab kan gambar Pizza awak kat fb tadi maka malam ini kami order pizza jugak..nak buat macam lambat je..ehheheh..jadi order sajo..:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...