Thursday, December 4, 2014

Prihatin?

Assalamualaikum...

Kisah biasa yang terjadi di sekeliling kita. Samada kita perasan atau tidak, prihatin atau set dalam minda 'lantak kau la'

Lokasi :kolam renang

Situasi: petang yang damai, ramai sunggh orang di kolam renang. Ibu bapa berehat menanti anak- anak memenuhi kerusi-kerusi di sekitar kolam renang.

Si ibu hamil baru terhegeh- hegeh bawa towel dan segala beg bersama kelengkapan anak- anak. Semua meja dan kerusi sudah bertuan. Ada yang diduduki dan ada yang telah diletak towel(tanda kerusi itu mereka yang punya)

Di satu meja bulat terdapat seorang makcik . Ada lagi 3-4 kerusi kosong(saya lupa berapa). LM bagi salam dan bertanya

"Ada orang tak makcik?"

"Ada-ada"jawabnya bersungguh.

"Semua ni ada orang?" Tanya LM lagi sambil menunjuk ke arah kerusi kosong depan dia. Kalau dah anak cucu berendam dalam kolam tu perlu ke kerusi tu? ( detik ku dalam hati, wajah ku maniskan 100% walau tidak ikhlas. Panas hati sebenarnya. Awak tak nampak orang ramai dan saya hamil ke makcik????)

"Owh.. Takpe. Ambik je lah satu" dia terus berkata begitu serba salah bila matanya singgah ke arah perut ibu hamil 7 bulan ni.

"Terima kasih byk2 makcik" jawab LM sambil senyum dan dan tarik kerusi.

Ramai yang macam ni. Kalau lima orang, tiap lima kerusi letak towel tapi tak duduk pun. Hurmmmm

Kita hanya fikir diri kita tanpa toleh keadaan insan lain yang lebih memerlukan.

Bak kata encik z, buat apa tanya? Tarik je la. bukan kerusi dia pun

Jawab LM, saja je.. Dah kerusi depan dia. Kenalah ada budi bahasa. Tak sangka pula dia kedekut kerusi tu. dua kali tanya baru dia bagi..

Terdetik dalam hati. Dia bagi LM ambik kerusi tu setelah dua kali bertanya sebab dia segan LM tanya dua kali atau.. Sebab tadi dia tak perasan perutku yang memboyot?

www.tips-fb.com

7 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sepatutnya tak kiralah memboyot ke tak dah kerusi tu tak ada yg duduk apa salahnya kata "silakan". Betul juga kata en z bukan kerusi dia...

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Di kedai makan atau restoran atau di majlis perkahwinan pun ada juga yang jenis 'cop' kerusi ni walaupun tiada orang nak duduk...

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

sebab tanya 2 kali tu. dia segan la tu. tabiat orang melayu stail cop2. hehe

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Entah nye..bukan kerusi dia..tapi Lm cuma tanya ada orang ke tak.?bukan tanya "boleh saya guna ke tak?" ..kan??kan??..kalau saya memang saya ambik je..buat kurang sopan sikit..perangai saya ni bukan baik sangt tau..kalau saya geram memang hilang sopan santun saya.hahahah

zacky786 said...Reply To This Comment

mentaliti ..
tnpa memikirkan orglain..

Anonymous said...Reply To This Comment

Tu blom lagi yg letak beg atas kerusi sbb tanak beg kotor ye hehe

Cik Iman said...Reply To This Comment

kerusi tu bukan diorang yang beli pakai duit sendiri pun ~_~ hak awam kot. sejak bila lak ayah diorang belikan untuk diorang wakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...