Tuesday, December 30, 2014

Sakit Kepala- Demam Ke Ni?

Assalamualaikum..

Allahu Akbar..

Sakit kepala sampai tak larat nak bangun. Pagi tadi hanya larat nak telan biskut cicah air je. Ada nasi lemak dan mihun pun tak mampu nak telan.

Contraction datang dan pergi.. Biasanya waktu malam tapi kejap ada kejap hilang. Selang 15 minit asik ke tandas.. Rasa macam nak hembus nafas pun macam keluar sesuatu(air) . Air ketuban ke?? Huhu entah lah..

Macam nak putus asa je malam tadi sebab dah pukul satu lebih masih keluar masuk tandas je. Minum air pun tak, takkan lah kencing pulak.. Huwaaaa

Ingatkan siang ni tak la kerap ke tandas tu lagi okey, tapi rupanya sakit kepala la pulak sampai dahi dan kening terasa sangat sakit berdenyut2.

Haishh.. Ku tabahkan hati. Malas nak fikir sangat. Hari ni baru call KPMC Puchong buat temujanji nak jumpa doktor haslinda. Syukur.. Dapat tarikh sabtu ni. Kalau tak buat temu janji nanti dapat doktor lelaki sape nak jawab ye tak? Memang dah plan nak bersalin dengan doktor ni, walau encik Z dok tanya lagi nak bersalin kat KPMC ke colombia? Err takpelah.. KPMC la kot.. Sebab sahabat LM dah bersalin dengan doktor tu dia kata best! Terbaik.. And... I harap dia mahir menjahit ekeke(i ni baby 2.2 kg pun mmg jenis kena jahit gak kata doktor) jenis orang yang... Err sape pompuan yang pernah bersalin paham la kot. Tak angkat montot pun mmg kena gunting gak sebab baby tak muat nak lepas kalau tak gunting.. Zappppp seram weiii terkenang bab gunting2 ni. Euwww

Persoalannya:
1. Nape tetiba demam ni? Sebab bocor ketuban demam macam kes nak bersalinkan qila dulu ke? Err qila dulu 34 mgu masa kejadian, ni baru nak 32 minggu:(

2. Sebab memang nak demam la kot.. Hurmm

Apa pun.. Tadi pukul dua terhegeh2 gigih masakkan juga nasi ayam untuk mereka. Kalau terbersalin pun dah lega sebab dah masak untuk anak2.. Ehehe

Tadi duk pikir.. Sempat tak ek nak jahit satu lagi sarung bantal baby.. Meowww!! Terasa nak menjahit la pulak hari ni tapi memang tahap tak larat turun katil pun ni:(

P/s: moga mangsa banjir tabah dan sabar hadapi ujian dari Allah..-amin.

P/s: tekak ngidam nak makan tiramitsu tapi segan la pulak nk mintak encik z belikan.. Huk3..

Nape demam ni? Nape tak boleh berdiri lama ni? Nape ni? Huwaaaa

www.tips-fb.com

2 comments:

Ummu Athiyah Ismail said...Reply To This Comment

take care dear...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Bukan kalau dekat2 bersalin bahaya ke kalau demam..kan??macam penyanyi bienda tu...jaga diri baik2 la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...