Wednesday, December 10, 2014

Tetap Masak

Assalamualaikum...

Hampir berakhir percutian kami di miri ni. Err percutian ke? Sabtu ahad je jalan hari-hari biasa masa banyak dihabiskan dalam bilik saja terutama di siang hari.

Sebab badan memang tak larat nak bawa anak2 ni cari makan di luar hotel makanya memang lah juadah untuk lunch kena masak walau simple mana pun.




Sambal ayam cili api. Ni juadah lunch dan dinner semalam. LM lawankan dengan sup petola saja.

Alhamdulillah bawah hotel ni ada pasaraya, nak beli ayam dan sayur pun mudah. Kedai makan pun banyak, tapi memang kurang rajin nak pergi turun bawah tapau makanan.

Biasanya pagi sarapan kat hotel ni. Turun dalam pukul 8.30 macam tu. Lepas tu dah busy mesin baju dan menyidai bagai. Alhamdulillah kami duduk apartment dua bilik yg lengkap dapur dan mesin basuh siap ampaian lagi. Tu yang boleh hepi-hepi senang hati duk sini tak perlu angkut banyak baju tu.

Sebab tu LM kata takmo lah duk hotel berbintang2... Nanti payah na makan, payah nak cuci baju. Encik z ajak duduk tempat dia training kat marriot hotel .. (Ala.. Hotel ni pun 4 bintang makan sedap2 apa. Entah berapa kilo tambah berat ummi ni dah)

Bila berjalan lama dengan anak ramai ni kena fikir panjang. Dulu anak kecik tak turun lunch pun takpa. Duduk hotel diam- diam tunggu laki bawak makan petang. Sekarang??? Anak tengah membesar kejap- kejap nak makan..

Sebab tu lah walau simple pun memang kena masak. Walau nasik goreng cina pun takpe janji boleh makan. Jangan sardin dah.. Ada lak yang mogok tak makan bila tengok ummi hidang sardin. Ehehe..

www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Memang betullah kakak sekarang kalau jenjalan pun lebih suka cari homestay/apartment - lebih selesa.

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

budak - budak tak minat sardin rupanya.. haha.. sardin paling sedap tu kaklong..kena pula dengan nasi panas.

najihah sahami said...Reply To This Comment

kak LM memang gigih masak..dengan membuyutnya tetap masak..terbaikk kak!! boleh jadi idola saya? hee

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Memang gigih.. tapi gitulah ya.. dah beberapa hari mulalah rasa nak makan apa yg tangan sdiri masak..simple tapi sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...