Thursday, December 18, 2014

Urus Persekolahan Anak.

Assalamualaikum..

Dalam tak kuat kena kuat juga. Allah!!! Kuatkan diriku untuk urus semuanya. Tu saja yang mampu diriku lafaz sejak pagi tadi.

Sejak dua hari lepas memang terasa sikit kontraksi dan ada rasa basah(macam bocor ketuban je.. Err macam kes lepas2). Berapa kali tukar pakaian dalam tu maknanya benarlah jangkaan ku.. Huhu

Sebelum pergi kerja encik Z dah bagi duit minta urus yuran tadika dak syafiq. Haritu pergi booking tak bayar penuh, ni kenalah pergi bayar.. Mak aii dekat 700 untuk dia je? Sobsss

Terus bawa mereka pergi sarapan. Sambil menyuap terkenang buku sekolah tak beli lagi. Dui congak duit dalam purse cukup tak untuk buku mereka bertiga.. Errrr gi cari ATM? Tak kuasa la.. Bawa perut pun dah mengah wehh

Msj encik z kata nak g sekolah beli buku. Parking luar gate sekolah jumpa mak guard tanya boleh masuk kereta tak sebab tak larat nak jalan bawa buku banyak.

Laju giler dia geleng.. Huwaaaa

Terus daku selak tudung tayang perut muncit ni. Kata dah lapan bulan. Anak punya buku tiga orang memang la tak larat daku nak bawa..

Akhirnya mak guard india terus simpati. Suruh masuk cepat takut orang lain nampak. Nanti dia tang susah.. Owh tengkiu mak guard.. Jasamu ku kenang..

Beli buku .. Sambil layan dua yang kecik ni dah merengek haus( silap saya lupa bawa bekal air kalut sangat tadi).

Singgah beli barang di kedai runcit baru balik.

Masuk rumah tengok dah 12:40 pm. Huhu.. Laju-laju sediakan sejug air untuk dorang minum. Kesian semua dah letih dan kehausan.

Terus sambar baju tiga bakul yang tak disidai lagi tu. takut tak sempat kering( sekarang dah la musim hujan). Berjemaah tiga beranak sidai baju..

Terus minta si kakak tanak nasi dan bersilalah daku sediakan ramuan untuk memasak. Simple pun takpe janji dapat makan.

1:30 pm.. Syukur siap juga semuanya. Batulah teringat nak teguk air, nak telan vitamin yang sepatutnya pagi tadi telan..

Apa pun syukur.. Walau letih selesai juga urusan anak2. Cuma urusan sekolah agama saja belum lagi. Purse dah kempis. Esok la baru urus..

Hati terdetik.. Buku murah je tapi bila dah kumpul untuk tiga orang dekat 500 jugak . Tu belum beli yang sampingan lagi tu. plastik buku pun tak beli.. Takpelah nanti beli kemudian, beli yang wajib je pun mengah giler angkut bawa ke bonet kereta. Huk huk huk..

www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

alahai..saya yang membaca pun rasa semput LM ni. banyaknya urusan LM buat hari ni, kalau yang tak mengandung ni pun dah penat tu, apa lagi LM yang dah sarat tu.. LM maksudkan apa basah tu? Bayi dah kat bawah jadi kalau buat banyak aktiviti jadi macam tu ke? Moga semuanya ok2 je ye..

geleng kepala pasal kos tu.. mahalnya.. anak ramai lagilah banyak kos ya.. takpe, insyaAllah dimudahkan semua urusan LM dan en Z kerana menjaga anak2 dengan baik.. MOga ganjarannya dicatat sebaik2.. kagum betul dengan LM ni..kuat semangat betul..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Seram dengar..mahal nye..tak pe la..pelaburan masa depan namanya tu..

Nur Inani said...Reply To This Comment

kita lambat lagi nak rasa peluang macam ni. heheheh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...