Thursday, January 1, 2015

3 Loyang Carrot Cheese Cake-Mampu Kah?

Salam...

Buntu memikirkan kek apa nak dibawa ke surau untuk dihidang pada majlis doa selamat untuk LM nak bersalin .. Akhirnya.. Nak buat carrot cheese cake je la.

Kena buat 3 loyang. Satu untuk jemaah wanita, satu untuk jemaah lelaki dan satu untuk jemaah villa no8 ni( umah sendirik laaa)

Erkk bab memarut carrot memang la jenuh dengan perut besar ni kan?

Apa lagi?? Kita kerah askar dua orang ni untuk parut carrot. Lengan kiri ni bengkak memang tak boleh angkat dah ni. Berdenuut macam apa je:(

Tak tau kenapa lengan ni bengkak. Semalam berkemas tak ingat ada angkat benda berat la kot? Sebab tu salah urat. Sobsss

Sambil bakar kek sambil jerang agar2.. Sambil buat sup ikan merah( haiya.. Lum masak lagi ni tau!)

Err susu tak minum lagi, vitamin tak makan lagi. Semua lupa bila busy kan? Padahal.. Nasi dan lauk dah tempah. Encik Z kata mana LM larat nak masak semua tu. tak larat eh? Ekeke.. So, lauk gulai lemak cili api ayam dan ikan keli serta sayur yang acik ana masak tu kita ngap kat surau je ye anak2.. Semua kena gi malam ni.

Janganlah carrot cake daku meragam tak jadi ke apa. Haishhh last buat carrot cake masa bawa ke surau pada majlis berbuka puasa haritu, lama dah tak buat. Eh, ada kawan kat segamat order kot lepas tu.. Tu je la, lepas tu lama giler tak makan carrot cake. Nyumsss

P/s: agak2... Lepas makan carrot cake ni baby naik berapa gram ek?sekarang baru 1.6 kg 32 mgu. Kalau lah bersalin 34 minggu cam qila camno tu??

www.tips-fb.com

3 comments:

Ann Ishak said...Reply To This Comment

semoga majlis berjalan dengan lancar

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Ya Allah..rajin nya..kalau saya memang kek minyak je la yang mampu.dengan nak parut carrot lagi..aduhai..mujur ada askar membantu..memang tak reti dok diam LM ni..

Nur Inani said...Reply To This Comment

sedapnyaaa. kita tak pernah jadi buat carrot ciskek :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...